- Sebelum Ajk P.B.K.M.B.S mengisi borang permohonan untuk
     menjadi Ahli Jawatan Kuasa Induk Pertubuhan ini mereka hendaklah terlebih
     dahulu memahami maksud warna pada Logo P.B.K.M.B.S.
- Setiap Ahli Jawatan Kuasa Induk yang telah dilantik untuk membawa
     Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah ke matlamat sebenar Pertubuhan ini ditubuhkan hendaklah
     sentiasa mematuhi dan memahami syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada 7 Ajk yang mana nama mereka
     telah didaftarkan dengan R.O.S.
- Ahli Jawatan Kuasa Induk Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu
     Bugis Sabah yang telah dilantik mesti memahami dan mematuhi Perlembagaan
     Pertubuhan ini terutamanya melibatkan system kewangan,sila Rujuk Perlembagaan Pertubuhan ini di Fasal 10 kurungan (4).
- Semua Ahli Jawatan Kuasa Induk yang dilantik mesti terlebih
     dahulu merujuk Perlembagaan
     Pertubuhan ini yang melibatkan akta kewangan sepertimana yang disebutkan
     di Fasal 10 kurungan empat
     bahawa,penggunaan wang yang melebihi dari Rm150,00 ringgit dalam satu masa adalah tidak dibenarkan tanpa kelulusan bersama Ahli Jawatan
     Kuasa Pertubuhan ini.
- Manakala perbelanjaan atau
     penggunaan wang melebihi Rm400,00
     ringgit bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran
     mesyuarat Agung terlebih
     dahulu.
- Perbelanjaan atau penggunaan
     wang sebanyak Rm150,00 ringgit kebawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari.Tetapi penggunaan wang tanpa kelulusan atau pengetauhan
     Ahli JawatanKuasa Persatuan ini adalah menjadi satu kesalahan yang serius
     kerana ianya dianggap sebagai mencabul Perlembagaan dan persyaratan yang
     diperuntukkan kepada setiap Ajk dalam pertubuhan ini.
- Setiap permohonan sumbangan
     atau dana yang diperolehi dari
     mana-mana sumber dengan menggunakan nama Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah hendaklah
     dimaklumkan kepada semua Ajk dan
     Ahli berdaftar didalam
     Pertubuhan ini.
- Penyata kewangan Persatuan
     yang telah diaudit hendaklah diedarkan kepada semua Ajk dan Ahli-ahli
     berdaftar sebagai makluman dan juga dibentangkan didalam mesyuarat bulanan atau mesyuarat Agung Pertubuhan ini.
- Maksud yang terkandung pada Logo Pertubuhan ini sangat jelas
     mengatakan bahawa “Setiap Ajk dalam
     Persatuan ini harus sentiasa bersikap Jujur dan Amanah demi mencapai
     matlamat persatuan ini”.Maksud ayat yang terkandung pada Logo
     Pertubuhan ini juga telah didaftarkan
     dengan R.O.S. dan ada didalam Perlembagaan P.B.K.M.B.S.
- Syarat-syarat lain yang mesti
     dipatuhi oleh semua Ajk dan Ajk Induk yang telah diberi mandat
     untuk membawa Pertubuhan ini bagi mencapai matlamat sebenar Pertubuhan ini
     ditubuhkan adalah “Akta Bendahari”.Sila
     rujuk kertas kerja Akta Bendahari.
- Semua persyaratan yang terkandung dalam syarat-syarat untuk menjadi Ajk Induk dalam Pertubuhan ini sangat-sangat
     menekankan dan mengamalkan sikap
     Jujur dan Amanah kepada setiap
     Ajk Induk yang telah dilantik.
- Ahli JawatanKuasa Induk P.B.K.M.B.S hendaklah membayar
     yuran bulanan sebanyak Rm10,00 ringgit sebulan sebagai langkah menyediakan
     sumber kewangan tersendiri Ajk Induk ini dimasa akan datang.Wang Ajk Induk
     ini akan diasingkan dari kiraan penyata kewangan bayaran yuran ahli biasa
     didalam Akaun Bank Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah.
- Purata yuran bulanan yang
     harus dibayar oleh Ahli JawatanKuasa Induk sebulan ialah sebanyak Rm20,00 ringgit sebulan dan
     terbahagi kepada dua Akaun
     iaitu akaun untuk kebajikan dan
     akaun kedua pula untuk kegunaan kos
     perbelanjaan Ajk Induk bermesyuarat dan menguruskan Persatuan ini
     dimasa akan datang.
- Semua Ahli JawatanKuasa Induk
     Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah bertanggungjawab sepenuhmya menjaga dan menguruskan kebajikan
     ahli berdaftar didalam Persatuan ini.
- Kejujuran dan Amanah
     dalam menguruskan Pertubuhan ini adalah menjadi pegangan dan jembatan
     untuk Pertubuhan ini sampai dan mencapai matlamaynya dalam kerja-kerja
     kebajikan melibatkan Ahlinya.
- Ahli Jawatan Kuasa Induk
     Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah hendaklah mengadakan
     mesyuarat tiga bulan sekali atau empat kali bermesyuarat dalam setahun.
- Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa
     Induk Pertubuhan ini tidak akan memanggil Ajk biasa dan Ahli berdaftar
     untuk bermesyuarat bersama-sama kecuali mesyuarat bulanan dan mesyuarat
     Agung sahaja yang Ajk biasa dan Ahli berdaftar dibenarkan bermesyuarat
     bersama.
- Setiap keputusan mesyuarat Ajk Induk akan dimaklumkan 
     kepada semua Ajk biasa
     dan Ahli-ahli berdaftar didalam
     mesyuarat bulanan Pertubuhan ini.
- Ahli Jawatan Kuasa Induk
     Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah dihadkan kepada 25 orang Ajk Induk sahaja.Jika ada Ajk Induk
     yang ingin keluar atau meletakkan Jawatan sebagai Ajk Induk Pertubuhan
     ini,maka wang pertaruhannya didalam Akaun Pertubuhan ini akan dikembalikan
     melalui cara yang difikirkan sesuai.
- Semua Ajk Induk P.B.K.M.B.S sentiasa diingatkan bahawa perpecahan atau pembubaran sesebuah Pertubuhan
     selalunya berpunca dari kitidak
     Jujuran dan Amanah Ajk Induk itu
     sendiri sehingga menggagalkan matlamat Pertubuhan tersebut.
Disediakan pada 16 april 2012 oleh biro penerangan pbkmbs
(En.Saruddin Bin Sarurang)
FUNGSI DAN KUASA AKTA BENDAHARI DALAM PBKMBS.
1.Memberi jaminan
kepada semua ahli dalam Persatuan  bahawa
yuran bulanan setiap ahli akan dikembalikan semula kepada mereka jika ada yang
mahu menarik diri dari Persatuan ini.Wang ahli akan ditolak dengan jumlah wang
yang telah digunakan untuk tujuan kebajikan sebelum bakinya diserahkan pada
ahli tersebut.
2.Tidak
membenarkan mana-mana ajk dalam Persatuan ini untuk melaburkan wang Persatuan
tanpa persetujuan dari Ajk Induk dan
semua ahli berdaftar dalam persatuan ini.
3.Jika ada individu lain yang bukan ajk mahu menaja
atau cuba melaburkan wang Persatuan ke
dalam Syarikat mereka ,maka itu adalah tidak dipersetujui sama sekali oleh semua
ajk dan ahli Persatuan ini
kerana dikuatiri akan disalah
gunakan Akaun Persatuan ini dimasa akan
datang.
4.Sebarang pelaburan melibatkan wang Persatuan
mesti didaftarkan terlebih dahulu dengan S.S.M
dan wang Persatuan yang hendak dilabur mesti menggunakan nama
pertubuhan”Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah” dan bukan menggunakan nama Ajk atau Ajk Induk atau lain-lain nama.
5.Tidak
membenarkan mana-mana Syarikat yang mahu melaburkan wang Persatuan atas nama Syarikat
mereka.
6.Semua wang dalam
Akaun Persatuan  mesti dikemaskini setiap bulan dan salinan
pengemaskinian Akaun Persatuan hendaklah diedar kepada semua ajk dan Ahli berdaftar dalam Persatuan ini.
7.Sekiranya Persatuan
ini dibubarkan atau ditamatkan operasinya.Maka semua wang simpanan dalam Akaun
Persatuan ini akan dikeluarkan dan Bendahari akan mengira baki wang tersebut, sebelum
dibahagi samarata kepada semua ahli yang berdaftar mengikut jumlah tahun ahli
itu berada dalam Persatuan ini.
8. Akta bendahari dan pengamanah ini
tidak boleh digubal atau dipindah
kerana ini adalah satu syarat dan
perjanjian dalam kertas kerja pelan perancangan awal pertubuhan ini sebelum
ianyanya didaftarkan dengan R.O.S. Akta ini hanya boleh digubal dan dipindah
dengan cara menamatkan operasinya dan semua wang Persatuan hendaklah dibahagikan
sama rata kepada semua Ahli Berdaftar
mengikut kiraan tahun mereka berada dalam Persatuan ini.
9.Tanpa adanya
Akta Bendahari dalam Persatuan ini,maka selepas dua tahun operasinya, Pengerusi
lama akan ditukar dan semua ajk juga akan diundi maka selepas itu undang-undang
dalam Perlembagaan Pertubuhan ini mereka boleh memindahkannya atau
menggubalkannya tanpa perlu mendapat kebenaran dari Pengerusi asal pertubuhan
ini.
10.Tetapi dengan
adanya Akta Bendahari ini maka akaun P.B.K.M.B.S  dan hak-hak
Ahli Berdaftar dalam Persatuan
ini tidak akan dapat dipindah atau digubal,kerana Akta Bendahari tidak terkandung
dalam Perlembagaan Persatuan ini.
11.Setiap Pengerusi dan Ajk yang dilantik setiap 2
tahun sekali tidak akan dapat mengubah akta ini kerana setelah perlantikan
itu, Pengerusi hendaklah menandatangani satu surat persetujuan untuk tidak
mencuba menggubal Akta Bendahari ini.
12.Sumber Akta Bendahari: tkws/bkws/pbkmbs(telah
terbukti berkesan sejak tahun 2006 menjaga sumber kewangan tabung kebajikan
warga sabah(tkws 2006)dan bantuan kebajikan warga sabah (bkws 2010).Kini Akta Bendahari akan dikuatkuasakan untuk
menjaga sumber kewangan P.B.K.M.B.S dari disalah gunakan oleh setiap ajk yang
dilantik atau diundi pada setiap dua tahun sekali.
AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK
MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN
Perkara diatas,hendaklah dirujuk
terlebih dahulu yang menyatakan akta
bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak
sengaja.
1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan
persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya
dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta
bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi
yang mentadbir pertubuhan ini.
2.Setiap Pengerusi yang dipilih
pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta
untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai
Pengerusi pertubuhan ini.
3.Pengerusi hanya boleh menggubal
perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan
sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.
4.Pengerusi yang dilantik mesti
memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat
lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.
5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun
bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.
6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak
sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan
dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang
notis pemberitahuan.
7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan
Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta
bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh
setiap ajk dalam pertubuhan ini.
8.Akta bendahari adalah satu akta
yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam
persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.
SURAT SOKONGAN AKTA BENDAHARI 
Surat sokongan dari ahli berdaftar untuk
tidak menggubal akta bendahari dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis
sabah selagi persatuan ini masih beroperasi.
Perkara diatas
adalah dirujuk sebagai berkata”Akta bendahari tidak boleh digubal atau
dipindah”
atas persetujuan
semua ajk dan ahli berdaftar dalam pertubuhan ini sebelum ianya didaftarkan
dengan jppm(ros).
Perancangan awal
pertubuhan  ini  telah bersetuju  memindahkan akta bendahari  yang  pernah digunakan untuk tabung  kebajikan warga sabah(tkws 2006)dan bantuan
kebajikan warga sabah(bkws 2010) untuk diguna pakai dalam persatuan bantuan
kebajikan melayu bugis sabah(pbkmbs 2012).
Akta bendahari tkws
2006 dan bkws 2010 menyatakan,bahawa setiap derma yang dikutip dari setiap
warga sabahan hendaklah  direkod dan disenaraikan
nama mereka didalam kertas kerja tahunan tkws dan bkws pada masa itu.Kelalaian
ajk tkws dan bkws dalam merekod nama penderma pada masa itu akan dianggap
sebagai cuba menyelewengkan wang kutipan derma kebajikan.
Pindaan akta
bendahari untuk pbkmbs 2012 pula menyatakan hak-hak ahli dan ajk berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan
melayu bugis sabah  hendaklah dipatuhi
oleh setiap pengerusi yang dilantik.Antara hak
ajk dan ahli berdaftar yang  mesti
dipatuhi oleh pengerusi yang dilantik adalah seperti berikut:-
- Wang pertaruhan setiap ajk dan ahli berdaftar
     yang menarik diri atau keluar dari persatuan ini hendaklah dikembalikan mengikut
     cara yang betul.
- Wang akaun tetap persatuan tidak boleh dilaburkan
     atau diurusniagakan menggunakan nama individu lain,wang persatuan hanya
     boleh dilaburkan dengan menggunakan nama persatuan bantuan kebajikan
     melayu bugis sabah sahaja.
- Jika persatuan bantuan kebajikan melayu bugis
     sabah ditamatkan operasinya,maka semua wang pertaruhan ahli hendaklah
     dibahagikan sama rata mengikut jumlah tahun ahli tersebut berada didalam
     persatuan ini.
Ahli diberi kuasa untuk memecat
pengerusi yang dilantik sekiranya menyalahi akta bendahari atau cuba untuk menggubal
atau memindah akta tersebut.Pengerusi yang dilantik hendaklah mematuhi dan
memahami semua  persyaratan yang telah ditetapkan didalam akta bendahari.
 
No comments:
Post a Comment