Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs

AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN

Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.

1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.

2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.

3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.

4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.

5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.

6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.

7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.

8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.

Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012

Sunday, February 24, 2013

Kejohanan Futsal Anjuran P.B.K.M.B.S 2013

PENGENALAN 
Pertandingan  Futsal  anjuran Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah (P.B.K.M.B.S.) merupakan acara tahunan yang mempunyai matlamat dan sasaran yang tertentu bagi mengeratkan hubungan yang lebih erat antara para peserta.

MATLAMAT
v      Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta.

v      Membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi.

OBJEKTIF

v      Mengumpul dana untuk mengisi tabung Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah.
v      Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara peserta.
v      Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan masyarakat setempat. 



Kejohanan Futsal Anjuran P.B.K.M.B.S yang berlangsung pada 16 mac 2013 yang lalu merupakan satu pencapaian terbaik persatuan ini kerana berjaya mengumpul dana sebanyak Rm2,500.00.






































Tarkh Perlawanan:16 Februari 2013
Masa:8:00 malam
SENARAI NAMA PASUKAN YANG BERTANDING

1. PSC FC…………………………….Jumlah bayaran yuran Rm.100.00
2. BORNEO UNITED FC……………Jumlah bayaran yuran Rm.100.00
3. BLAST SCORE…………………....Jumlah bayaran yuran Rm.100.00
4. PSG FC…………………………….Jumlah bayaran yuran Rm.100.00
5. BUJAU FC…………………………Jumlah bayaran yuran Rm.100.00
6. BAHAGIA FC STAR……………...Jumlah bayaran yuran Rm.100.00
7. KUCAR-KACIR FC……………….Jumlah bayaran yuran Rm.100.00
8. REAL FC…………………………..Jumlah bayaran yuran Rm.100.00
9. MOLD SHOP………….…………...Jumlah bayaran yuran Rm.50.00
10. JAMBU FC…………………………Ditaja oleh PBKMBS 2013
11. BAHAGIA ONLINE FC…………...Ditaja oleh PBKMBS 2013
12. SUBANG MAS FC…………………Ditaja oleh PBKMBS 2013
13. ANDALAS TEAM FC……………..Ditaja oleh PBKMBS 2013
14. NINJA STYLE……………………...Ditaja oleh PBKMBS 2013
15. GABUNGAN NABAWAN FC…….Ditaja oleh PBKMBS 2013
16. SAPROL FC………………………..Ditaja oleh PBKMBS 2013
17. SSM FC…………………………….Ditaja oleh PBKMBS 2013
18. KUNAK JAYA FC………………...Ditaja oleh PBKMBS 2013




No comments:

Post a Comment