Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs

AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN

Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.

1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.

2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.

3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.

4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.

5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.

6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.

7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.

8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.

Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012

Monday, October 28, 2013

Majlis korban Lembu sempena Hari Raya Haji 2013

Photo Ahli dan Ajk P.B.K.M.B.S. sempena Hari Raya Haji bersama dengan Ajk Masjid  Al-Falah Seksyen 25 Taman Sri Muda Shah Alam.

Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha 2013

Lokasi: Masjid Al-Falah Seksyen 25  Taman Sri Muda  Shah Alam Selangor Darul Ehsan.




Friday, October 25, 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA P.B.K.M.B.S BIL 10/2013

PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH
BLOCK 6 TKT 1,NO 1-16 JLN UFUK 25/73 TAMAN SRI MUDA

40400 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA P.B.K.M.B.S BIL 10/2013

Saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita memaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa P.B.K.M.B.S akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh    : 7 HB September 2013
Hari       : Sabtu
Masa     : 09.00 malam (Selepas Solat Isyak)
Tempat : Dewan masyarakat Taman Sri Muda Zon ”B” (Loji)
              
3.         Agenda:

1.         Ucapan Pengerusi
2.         Mengesahkan pengemaskinian akaun kewangan
3.         Perkara Berbangkit
4.         Perbincangan berkenaan:
                  i.  Aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini(2013)
                 ii. Bayaran yuran tertunggak
                
5.         Hal-hal lain

4.         Tuan/Puan/Cik adalah dijemput hadir.

Sekian. Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,

[ Sadariah binti Kadang ]

         Setiausaha



Photo mesyuarat kali ke 10 bagi tahun 2013.