Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs

AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN

Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.

1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.

2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.

3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.

4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.

5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.

6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.

7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.

8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.

Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012

Friday, April 12, 2013

Photo mesyuarat

Mesyuarat kali ini adalah untuk membingcangkan aktiviti sukan yang hendak dijalankan.
Lokasi Mesyuarat: Dewan Masyarakat Taman Sri Muda Zon B.







Semoga berjaya.

Photo ketika mesyuarat

Photo yang sempat dirakamkan oleh jurukamera P.B.K.M.B.S. setiap kali mesyuarat diadakan.
Lokasi Mesyuarat: Dewan Masyarakat Taman Sri Muda Zon B.





Semoga pbkmbs dapat mencapai matlamatnya dalam kerja-kerja melibatkan kebajikan ahlinya yang berdaftar.









Wednesday, April 3, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN PENUBUHAN PBKMBS




SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN PENUBUHAN PBKMBS CAWANGAN SHAH ALAM PADA 3 APRIL 2013

PENGENALAN:

Nama asal Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah (PBKMBS) ialah Tabung Kebajikan Warga Sabah(TKWS) yang ditubuhkan pada 1hb Mac 2006 di Taman Sri Muda, Shah Alam dan telah ditamatkan operasinya pada November 2009.

Setelah TKWS ditamatkan operasinya satu lagi tabung kebajikan Warga Sabah ditubuhkan dengan nama baru iaitu Bantuan Kebajikan Warga Sabah (BKWS) pada 10hb Februari 2010.

Pada 27hb December 2011, BKWS pula ditamatkan operasinya dan kedua-dua nama pertubuhan ini tidak didaftarkan dengan R.O.S pada masa ia ditubuhkan atas sebab kurangnya pengalaman dalam kerja-kerja kebajikan.

Setelah melalui masa 6 tahun menimba pengalaman dalam kerja-kerja kebajikan dengan itu semua AJK penaja bermesyuarat pada 14hb Januari 2012 untuk menubuhkan satu pertubuhan baru yang diberi nama Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah (PBKMBS) dan telah didaftarkan dengan R.O.S.