Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs

AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN

Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.

1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.

2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.

3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.

4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.

5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.

6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.

7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.

8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.

Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012

Wednesday, August 17, 2016

MINIT MESYUARAT PEMBUBARAN AJK P.B.K.M.B.S.


MINIT MESYUARAT PEMBUBARAN AJK P.B.K.M.B.S.

PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH

Bil 16/2016
Tarikh:                 21 Mei 2016

Masa:               9:30  Malam

Tempat:            Dihadapan Block 4
                               
Kehadiran:        34 Orang


Ucapan Setiausaha
Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
Setiausaha mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan mengucapkan terima kasih.


Kelewatan mesyuarat 
Setiausaha memohon jutaan kemaafan dari semua ajk yang hadir pada mesyuarat kali yang ke 16 sejak Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah di luluskan pendaftarannya oleh R.O.S pada 3 haribulan april 2012.

Kelewatan mengadakan mesyuarat ini berpunca dari kesilapan besar Pengerusi yang dilantik dan diberi tanggungjawab untuk memastikan Persatuan ini sentiasa aktif tetapi tanggungjawab tersebut diabaikan begitu sahaja.

Setiausaha memberi laluan kepada semua Ajk yang hadir pada mesyuarat kali ke 16 ini untuk memberi cadangan atau pendapat dalam menangani masalah dalaman Persatuan ini.


Cadangan dan pendapat Ajk
Semua Ajk yang hadir sebulat suara untuk membubarkan Ajk terdahulu dan membuat perlantikan baru ajk bermula dari pembubaran pengerusi dan timbalan pengerusi pertubuhan ini.


Perlantikan ajk baru Persatuan bantuan Kebajikan melayu bugis sabah
Setiausaha meminta seorang wakil dari ajk untuk mencalonkan salah seorang dari ajk yang hadir pada mesyuarat kali ke 16 ini untuk menyebut nama calon Pengerusi dan timbalan Pengerusi tanpa melengahkan masa.

Ajk Persatuan ini telah mencadangkan dan mencalonkan En. Firdaus bin Abd Muis untuk dilantik menjawat jawatan sebagai Pengerusi persatuan ini.

Salah seorang dari ajk yang hadir dalam mesyuarat kali ke 16 ini pula mencadang dan mencalonkan En.Lokman Bin Husaini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi persatuan ini.Manakala jawatan setiausaha;timbalan setiausaha dan bendahari kekal.

Setiausaha meminta kepada semua ajk untuk mencadangkan dua nama lagi yang akan dilantik sebagai ajk biasa sebelum meneruskan pada agenda berikutnya.

Ajk sebulat suara mencadangkan En.Andi Ilham Bin Andi Arnis dan En.Saruddin Bin Sarurang dilantik sebagai ajk biasa.

Setiausaha berpuas hati dengan semua nama-nama ajk yang telah dipilih sendiri oleh ajk yang hadir pada mesyuarat kali ke 16 ini.


Akaun persatuan
Pengerusi yang dilantik pada mesyuarat kali ke 16 ini meminta kepada bendahari untuk menyediakan laporan kewangan dan laporan yuran ahli-ahli yang tertunggak sehingga kehari ini yang bertarikh 21 haribulan mei 2016.

Pengerusi meminta kepada bendahari untuk mengemaskini semua jumlah wang persatuan yang telah disalurkan kepada mana-mana ahli yang ditimpa musibah sebelum beliau dilantik menjadi Pengerusi persatuan yang baru.


Penukaran nama penandatangan buku cek persatuan
Pengerusi meminta Setiausaha untuk menyediakan satu surat iringan permohonan kepada pihak bank islam seksen 18 shah alam unuk menukar nama penandatangan buku cek akaun persatuan yang terdahulu kepada penandatangan yang baru.

Pengerusi meminta stiausaha untuk memilih 2 nama ajk yang akan dilantik untuk menandatangan buku cek persatuan ini dimasa akan datang.


Persetujuan semua ajk bkmbs
Semua ajk yang telah dilantik bersetuju sebulat suara untuk menjalankan tugas masing-masing didalam Persatuan ini secara sukarela dan tidak ada paksaan.

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk dan ahli mesyuarat yang hadir kerana sudi berganding bahu untuk bersama-sama membawa Persatuan ini kematlamatnya.


Penutup
Pengerusi :-
Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli mesyuarat dan ajk baru Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah. 

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.35 malam, mesyuarat ahli jawatankuasa akan diadakan dalam masa terdekat yang akan diberitahu kemudian.

No comments:

Post a Comment