Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs

AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN

Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.

1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.

2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.

3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.

4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.

5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.

6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.

7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.

8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.

Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012

Wednesday, February 27, 2013

PROFIL PBKMBS

PROFIL

PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH (P.B.K.M.B.S)

Ditubuhkan oleh Warga Sabah
yang bermastautin di Semenanjung

No.1-16, Blok 6, Andora Aprtm
Jalan Ufuk 25/73, Seksyen 25
Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Nombor Pendaftaran:PPM-001-10-03042012

KANDUNGAN

1.PENGENALAN  
2.MAKLUMAT PERSATUAN  
3.MAKLUMAT AHLI JAWATANKUASA  
4.MAKNA / KETERANGAN LOGO  
5.OBJEKTIF PERSATUAN  
6.SUMBER KEWANGAN  
7..PERLEMBAGAAN DAN PENUTUP   
PENGENALAN
Nama asal Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah (PBKMBS) ialah Tabung Kebajikan Warga Sabah(TKWS) yang ditubuhkan pada 1hb Mac 2006 di Taman Sri Muda, Shah Alam dan telah ditamatkan operasinya pada November 2009.

Setelah TKWS ditamatkan operasinya satu lagi tabung kebajikan Warga Sabah ditubuhkan dengan nama baru iaitu Bantuan Kebajikan Warga Sabah (BKWS) pada 10hb Februari 2010.

Pada 27hb December 2011, BKWS pula ditamatkan operasinya dan kedua-dua nama pertubuhan ini tidak didaftarkan dengan R.O.S pada masa ia ditubuhkan atas sebab kurangnya pengalaman dalam kerja-kerja kebajikan.

Setelah melalui masa 6 tahun menimba pengalaman dalam kerja-kerja kebajikan dengan itu semua AJK penaja bermesyuarat pada 14hb Januari 2012 untuk menubuhkan satu pertubuhan baru yang diberi nama Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah (PBKMBS) dan telah didaftarkan dengan R.O.S.

MAKLUMAT PERTUBUHAN

Nama Yang diDaftarkan
PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH

Nombor Pendaftaran
PPM-001-10-03042012

Alamat Yang didaftarkan

NO 4-5 TINGKAT 4 BLOCK 6 JALAN UFUK 25/73 SEKSYEN 25 40000
SHAH ALAM SELANGOR D.E 40000 SHAH ALAM SELANGOR D.E.
No. Telefon
010-299 9577
010-289 1655
019-222 3887
014-550 9060

Tarikh Pendaftaran
03hb April 2012

Jenis Kegiatan yang didaftarkan
KEBAJIKAN AHLI

Nama Bank
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

Nombor Akaun Bank
12-234-01-000206-6

MAKLUMAT JAWATANKUASA
         Pengerusi
MUHAMMAD YUSRI BIN ABDULLAH K/P:730815-12-5459

        Timbalan Pengerusi
KHAIRUL BIN ABBAS K/P:790820-12-6215

        Setiausaha
SADARIAH BINTI KADANG K/P:890111-12-5584

        Timbalan Setiausaha
REDZUAN BIN SARURAN K/P:820306-12-5871

        Bendahari
KADARIAH BINTI ABD KADAR K/P:861025-49-5930

        Ahli Jawatankuasa 1
MUKTAR BIN MASMUR K/P:870324-12-5061

        Ahli Jawatankuasa 2
LOKMAN BIN HUSAINI K/P:801103-12-5675






Keterangan makna logo:
A)Lambang berbentuk bulat dan berwarna biru bermakna Persatuan ini mengutamakan kebajikan dan perpaduan.


B)Latar belakang lambang ini yang menggunakan Bendera Sabah membawa makna semua Warga Sabah yang berminat menjadi ahli dalam persatuan ini amat dialu-alukan. 


C)Perahu layar pinisi membawa makna suku kaum Bugis adalah pelayar unggul suatu masa dulu. 


D)Layar berwarna putih pada Perahu Pinisi dan tulisan pada lambang ini, membawa dua makna: 


1.Kesucian Agama rasmi Malaysia adalah Agama Islam. 
 
2.Setiap AJK dalam persatuan ini harus sentiasa bersikap jujur dan amanah demi mencapai matlamat Persatuan ini.

OBJEKTIF PERTUBUHAN

Menghilangkan kekeliruan masyarakat Bugis Sabah daripada isu-isu semasa dan perkauman.

Mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara semua Bangsa dan Agama yang ada di Sabah.

Menjelaskan kepada semua Ahli pentingnya permuafakatan dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain.

Menjelaskan kepada semua Ahli konsep sebenar Persatuan ini ditubuhkan adalah untuk  menjaga kebajikan suku kaum Bugis dan Warga Sabahan dari suku kaum yang berbeza.


VISI DAN MISI PERTUBUHAN

   VISI
Untuk menjadikan Persatuan ini maju dan berdaya saing dari segenap aspek serta wadah utama dalam kerja-kerja kebajikan.


MISI
Menyerapkan semangat cintakan Persatuan serta sanggup membantu antara satu sama lain tanpa mengira jantina, agama, dan bangsa.


Mewujudkan ahlijawatankuasa yang bertanggungjawab dalam Persatuan supaya segala tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan.
Sentiasa berusaha dengan lebih baik bagi setiap perkara yang dilakukan tanpa cepat merasa berputus asa.

SUMBER KEWANGAN

Yuran Pendaftaran Ahli baru.
Yuran bulanan Ahli berdaftar
Anjuran sukan seperti bola sepak,badminton,sepak takraw dan lain-lain
Jualan baju kemeja Persatuan untuk Ahli berdaftar sahaja
Jualan stiker kereta untuk Ahli berdaftar sahaja
Jualan kalender dan majalah tahunan Persatuan(terbuka)
Berniaga makanan dan minuman  ketika ada sukaneka berlangsung
Memohon sedikit dana dari Kerajaan Pusat.

PERLEMBAGAAN PBKMBS

Semua undang-undang Pertubuhan Persatuan ini adalah merujuk kepada Perlembagaan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(JPPM).Sebarang pindaan undang-undang Persatuan ini mesti melalui  mesyuarat Agung Persatuan.

PENUTUP
Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah telah ditubuhkan dengan niat yang murni,   tetapi oleh kerana sumber kewangan yang terhad menyebabkan Pertubuhan ini hanya mampu menyertai kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Ngo dan Pertubuhan lainnya.Adapun kegiatan yang dijalankan dan dilaksanakan sendiri oleh PBKMBS seperti anjuran bola sepak,bowling dan sumbangan Kebajikan kepada Ahlinya yang berdaftar.   
Walaupun demikian PBKMBS masih berjaya wujud dengan tidak mempunyai sebarang hutang dari pihak ketiga. Masa depan PBKMBS adalah cemerlang sekiranya  mendapat sokongan dari segi pertolongan kewangan daripada Kerajaan Pusat untuk mencapai Objektif  sebenar PBKMBS dimasa depan









No comments:

Post a Comment