Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs

AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN

Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.

1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.

2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.

3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.

4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.

5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.

6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.

7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.

8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.

Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012

Thursday, March 29, 2012

PENGENALAN: BKMBS


PENGENALAN: BKMBS(Bil 1/2012)

Nama Pertubuhan:
BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH(BKBS)

Golongan sasar:
Semua peringkat umur yang terdiri daripada semua suku kaum Bugis termasuk yang berkahwin campur atau berketurunan Bugis.

Selain dari suku kaum Bugis yang berminat untuk menjadi ahli dalam pertubuhan Persatuan Bantuan Kebajikan Bugis Sabah ini akan dipertimbangkan melalui mesyuarat Agung BKMBS kelak.

Usia Ahli:
Tiada had usia untuk menjadi Ahli berdaftar dalam BKMBS ini.

Jenis kerjaya Ahli:
Tiada larangan diperuntukan bagi mereka yang mempunyai kerjaya untuk menjadi Ahli dalam BKMBS kecuali kerjaya mereka bertentangan dengan undang-undang Negara Malaysia.

Yuran Pendaftaran Ahli:
Yuran sebanyak Rm:10.00 dikenakan setiap ahli dan harus dibayar secara tunai ketika mengisi borang keahlian.

Yuran Bulanan Ahli:
Yuran sebanyak Rm:10.00 akan dikenakan kepada semua ahli yang telah berdaftar dalam BKBS.Pengecualian bagi mereka yang belum mendapat pekerjaan yuran bulanan akan dikenakan sebanyak Rm:5.00 sebulan.


JENIS BANTUAN

MENINGGAL DUNIA
a)    Semua kos pengkebumian jenazah akan diuruskan oleh BKBS.

b)    Jika tabung BKMBS ini sudah mempunyai keahlian melebihi 350 maka kos penghantaran jenazah balik keSabah akan diuruskan sepenuhnya oleh ajk BKMBS.

KEMALANGAN JALAN RAYA/TEMPAT BEKERJA
a)    Kos bayaran perubatan Hospital atau Klinik akan diuruskan oleh ajak BKMBS.

b)    Jumlah kos bayaran perubatan akan dirujuk kepada bil pembayaran yang dikeluarkan oleh pihak Hospital atau Klinik.

AHLI KELUARGA MENINGGAL DISABAH
1.Ahli keluarga yang dimaksudkan disini ialah Ibu dan Bapa sahaja.

2.Kos pembelian tiket kecemasan untuk balik keSabah akan ditanggung sepenuhnya oleh ajk BKMBS dalam masa 24 jam.

3.Jika ahli dalam BKMBS ada tiga atau empat orang adik beradik dan mereka telah    berdaftar,namun hanya seorang sahaja wakil dari mereka yang akan diperuntukan tiket kecemasan pergi dan balik semula ke Semenanjung.Manakala adik beradiknya hanya akan diberi bantuan harga tiket separuh harga.




Objektif tabung kebajikan

  1. Menghilangkan kekeliruan masyarakat Bugis Sabah daripada isu-isu semasa dan    perkauman.

  1. Mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara semua bangsa dan agama yang ada di Sabah.

  1. Menjelaskan kepada semua ahli pentingnya permuafakatan dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain

  1. Menjelaskan kepada semua ahli konsep sebenar  tabung ini ditubuhkan adalah untuk  menjaga kebajikan suku kaum Bugis.