Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs

AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN

Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.

1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.

2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.

3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.

4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.

5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.

6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.

7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.

8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.

Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012

Saturday, May 12, 2012

PBKMBS BERSAMA BIRO KEBAJIKAN KRT TSAM ZON B

 Penglibatan secara langsung Setiausaha agung persatuan bantuan kebajikan 
melayu bugis sabah dengan biro kebajikan krt taman srimuda zon b telah berjaya memberi sumbangan kepada saudara baru(mualaf)dan ibu tunggal


No comments:

Post a Comment