Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs

AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN

Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.

1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.

2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.

3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.

4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.

5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.

6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.

7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.

8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.

Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012

Friday, April 20, 2012

Syarat-syarat Persatuan untuk Ahli Berdaftar


Sukacita dimaklumkan kepada mereka yang telah mendaftar menjadi ahli dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ajk bkmbs.Syarat-syaratnya adalah seperti yang tertulis dibawah ini:

Yuran bulanan sebanyak rm10.00 mesti dibayar pada atau sebelum 11 hb pada setiap bulan.

Kelewatan membuat bayaran atau atas sebab-sebab tertentu hendaklah dimaklumkan kepada ajk persatuan.

Tunggakan bayaran selama tiga bulan berturut-turut akan diambil tindakan pemecatan keahlian.

Ahli yang dipecat dari persatuan tidak akan dikembalikan wang pertaruhannya(yuran bulanan).

Ahli yang menarik diri dari persatuan hendaklah memberitahu ajk persatuan ini sebulan lebih awal.

Wang pertaruhan(yuran bulanan)akan dikembalikan SEPARUH  kepada ahli dengan syarat persatuan ini belum ada menyelesaikan lebih dari dua kes melibatkan Kebajikan ahlinya.

Contohnya 12 bulan X rm10 = rm120 - rm50(kos pengurusan persatuan)baki rm70 akan diserahkan kepada ahli yang menarik diri.

Wang tersebut akan dibayar  kepada ahli yang menarik diri selepas mesyuarat agung dijalankan.

Bantuan Kebajikan untuk fasal 2 akan dilaksanakan sepenuhmya apabila ahli berdaftar dalam persatuan ini telah mencapai 250 orang ahli.

Jenis Kebajikan yang dilaksanakan oleh Persatuan ini untuk fasal 1 adalah seperti berikut:
Ahli meninggal dunia(Kos pengkebumian)
Ahli kemalangan jalan raya(Kos perubatan hospital)
Keluarga meninggal diSabah(Ibu dan Bapa Sahaja)Tiket pergi balik.



Sekian dan terima kasih

Saya yang menurut perintah:
Puan Sadarian binti Kadang
Setiausaha pbkmbs

Talian kecemasan persatuan:
Jika berlaku kecemasan atau kemalangan sila hubungi Nombor telefon berikut:
010-2999 577  Pengerusi Persatuan En.Yusri
016-6053 919  T.Pengerusi En.Khairul Abbas
010-289 1655  Setiausaha Puan Sadariah
014-5509 060  Ketua Ajk Andi Ilham
017-3511 292  T.Ketua Ajk En.Jamaluddin

Laman Blogspot: 




Borang keahlian bkmbs


BORANG PENDAFTARAN FASAL 1
Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah
Blcck 6 Nombor 4-5 Andora Apartment Seksyen 25 
Taman Sri Muda 40400 Shah Alam Selangor  Darul Ehsan. 
Nombor Rujukan jppm(ros): ppm-001-10-03042012
 
  1. MAKLUMAT PEMOHON/AHLI                   TARIKH DAFTAR:
Ø      NAMA PENUH:
Ø      NO KAD PENGENALAN/ IC:
Ø      AGAMA:
Ø      BANGSA:
Ø      STATUS PERKAHWINAN:
Ø      BANDAR KELAHIRAN:
Ø      NOMBOR TELEFON:
Ø      ALAMAT TEMPAT TINGGAL:


  1. BILANGAN ANAK-ANAK AHLI
NAMA PENUH ANAK
NO KAD MY KID
TEMPAT LAHIR
UMUR ANAK
1.



2.



3.



4.



5.



ALAMAT TEMPAT TINGGAL:


NAMA WARIS:
NOMBOR TELEFON WARIS:
ALAMAT WARIS DI SABAH:


       Jika berlaku kecemasan atau kemalangan sila hubungi Nombor telefon berikut:
  1. 010-2999 577 Pengerusi Persatuan En.Yusri
  2. 016-6053 919 T.Pengerusi En.Khirul Abbas
  3. 010-289 1655 Setiausaha Puan Sadariah
  4. 014-5509 060 Ketua Ajk Andi Ilham
  5. 017-3511 292 T.Ketua Ajk En.Jamaluddin

Yuran Bulanan Ahli Rm:10.00                                                                                                   

Ajk Penaja:

Laman Blogspot: http://bantuankebajikanmelayubugissabah.blogspot.com

Wednesday, April 4, 2012

KETERANGAN LAMBANG BKMBS


Keterangan:

1)lambang berbentuk bulat dan berwarna biru bermakna persatuan ini mengutamakan kebajikan dan perpaduan. 

2)Latar belakang lambang ini yang menggunakan Bendera Sabah membawa makna semua warga Sabah yang berminat menjadi ahli dalam persatuan ini amat dialu-alukan.

 3)Perahu layar Pinisi membawa makna suku kaum Bugis adalah pelayar unggul suatu masa dulu. 

4)Layar berwarna putih pada perahu pinisi dan tulisan pada lambang ini,membawa dua makna: 

a.       1.Kesucian Agama rasmi Malaysia adalah Agama Islam.

b.       2.Setiap ajk dalam persatuan ini harus sentiasa bersikap jujur dan amanah demi mencapai matlamat persatuan ini.

MAKLUMAT PERSATUAN


MAKLUMAT  PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH  TAMAN SRI MUDA SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN

1. Pendahuluan
Sejak akhir-akhir ini  suku kaum Bugis Sabah yang bekerja disemenanjung khususnya di Shah Alam Selangor sering menghadapai masalah kewangan apabila ada diantara kaum keluarga yang meninggal dunia atau kemalangan jalan raya.Ini menimbulkan banyak persoalan bagaimana hendak menyelesaikannya sedangkan pendapatan gaji kasar sebulan suku kaum bugis sabah dalam sector perkilangan cuma RM1000 ke RM1200 sebulan. Menyedari akan masalah ini kami telah sepakat untuk menubuhkan satu tabung kebajikan yang diberi nama Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah(BKMBS).Penubuhan tabung Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah ini telah didaftarkan dengan jppm(ros).

2. Golongan sasar
Semua peringkat umur yang terdiri daripada semua suku kaum bugis termasuk yang berkahwin campur atau berketurunan bugis.Selain dari suku kaum bugis yang berminat untuk menjadi Ahli dalam persatuan ini adalah dibenarkan dengan tiga syarat:
Ø  Bersetuju untuk memberi kerjasama dalam mencapai matlamat persatuan ini.
Ø  Tidak menimbulkan isu-isu perkauman dan agama dalam persatuan
Ø  Bersejutu dengan bayaran bulanan keahlian dan tidak melewatkan bayaran bulanan sepertimana yang telah dipersetujui oleh 24 orang ajk tetap persatuan ini.

3. Objektif tabung kebajikan
a.    Menghilangkan kekeliruan masyarakat Bugis Sabah daripada isu-isu semasa dan    perkauman.
  1. Mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara semua bangsa dan agama yang ada di Sabah.
  2. Menjelaskan kepada semua ahli pentingnya permuafakatan dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain
  3. Menjelaskan kepada semua ahli konsep sebenar  tabung ini ditubuhkan adalah untuk  menjaga kebajikan suku kaum bugis dan warga sabahan dari suku kaum yang berbeza.
4.Jenis bantuan kebajikan fasal 1
  1. Ahli berdaftar yang meninggal dunia(kos pengurusan jenazah)
  2. Ahli kemalangan jalan raya(kos perubatan dan makanan)
  3. Ibu Bapa meninggal dunia di Sabah(Kos tambang pergi balik)
Lain-lain bantuan kebajikan seperti yang dinyatakan dibawah ini(fasal 2)akan dilaksanakan sepenuhnya apabila persatuan ini telah memiliki jumlah keahlian melebihi 450 orang.

5.Jenis bantuan kebajikan fasal 2
  1. Istri bersalin (keduanya mesti ahli berdaftar)
  2. Perkahwinan (hadiah berupa wang tunai (passolo)dan lain-lain)
  3. Pendidikan(Yuran pendaftaran sekolah anak dan peralatan sekolah)
  4. Majlis rumah terbuka sempana hari raya Aidilfitri
  5. Majlis makan malam bersama Ajk Persatuan
  6. Hari keluarga Persatuan
  7. Sukaneka terbuka setiap tahun
  8. Anjuran Bola Sepak Persatuan
  9. Sumbangan duit hari raya untuk anak-anak ahli sahaja
  10. Sumbangan untuk keperluan asas Masjid dan Surau
  11. Lawatan kerumah anak-anak yatim piatu.

6.Sumber kewangan masa untuk  ini
v  Yuran pendaftaran Ahli baru.
v  Yuran bulanan Ahli berdaftar.

7.Sumber kewangan masa akan datang
v  Anjuran sukan seperti bola sepak,badminton,sepak takraw dan lain-lain
v  Jualan baju kemeja persatuan untuk ahli berdaftar sahaja
v  Jualan stiker kereta untuk ahli berdaftar sahaja
v  Jualan Kelender dan majalah tahunan persatuan(terbuka)
v  Berniaga makanan dan minuman  ketika ada sukaneka berlangsung
v  Memohon sedikit dana dari kerajaan

8.Soalan lazim dari Ahli berdaftar dan bukan Ahli
Ø  Apakah ajk persatuan ini yakin dapat memberi bantuan kebajikan kepada ahlinya jika ada yang meninggal dunia atau kemalangan?

ü  Sudah tentu kami ajk persatuan ini mampu memberi bantuan kebajikan
kepada ahli kami yang meninggal dunia atau kemalangan dengan fakta seperti berikut:
  1. Orang yang mendaftarkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah ini,adalah orang yang berpengalaman dalam pengurusan melibatkan kebajikan sejak tahun 2006 lagi.
  2. Persatuan bkmbs ini sebenarnya bukannya baru dalam urusan soal kebajikan.Sebelum persatuan bkmbs ini didaftarkan ianya dikenali dengan nama:
a.    TKWS(Tabung kebajikan warga Sabah) Tahun:2006-dec 2009.
b.    BKWS(Bantuan kebajikan warga Sabah)Tahun:2010-dec2011.
c.    BKMBS(Bantuan kebajikan melayu bugis Sabah)Tahun:2012.

  1. Walaupun pada masa itu TKWS dan BKWS tidak didaftarkan dengan jppm namun telah banyak kerja-kerja kebajikan melibatkan warga Sabah yang bekerja diShah Alam dapat diselesai pada masa tersebut.

  1. Dengan yang demikian kami yakin persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah ini dapat melaksanakan misinya dalam kerja-kerja kebajikan melibatkan warga sabahan yang bekerja di sekitar seksyen 25 Shah Alam Selangor D.E.



Ø  Bagaimana jika ada Ahli berdaftar yang mahu keluar atau menarik diri
dari persatuan ini atau balik ke Sabah,apakah Yuran bulanan akan dikembalikan atau tidak?

ü  Jika ada ahli berdaftar dalam persatuan ini yang mahu menarik diri atau keluar dari persatuan ini,maka pihak pengurusan persatuan akan mengembalikan wang pertaruhan ahli mengikut cara yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Agung persatuan ini.

9.Perlembagaan Persatuan
Semua undang-undang pertubuhan persatuan ini adalah merujuk kepada perlembagaan yang telah ditetapkan oleh jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia(jppm).Sebarang pindaan undang-undang persatuan ini mesti melalui  mesyuarat Agung persatuan.

10.Akta Bendahari dan Pengamanah Akaun persatuan
Akaun kewangan persatuan ini akan diamanahkan kepada tiga orang ajk berdaftar dalam persatuan ini.Bendahari tidak dibenarkan memegang akaun persatuan kerana telah ada tiga orang pengamanah yang dilantik khas untuk menyimpan semua wang persatuan dalam bentuk akaun bersama atau kelompok.Bendahari hanya merekod wang masuk dan keluar dari akaun persatuan dan lain-lain melibatkan kewangan.Akta bendahari dan pengamanah ini tidak boleh digubal atau dipindah melainkan persatuan ini dibubarkan atau dihentikan operasinya.Sekiranya persatuan ini dibubarkan atau ditamatkan operasinya.Maka semua wang simpanan dalam akaun pengamanah akan dikeluarkan dan bendahari akan mengira baki wang tersebut,sebelum dibahagi samarata dengan semua ajk yang berdaftar mengikut jumlah tahun ahli itu berada dalam persatuan ini.

Tuesday, April 3, 2012

PERLEMBAGAAN BKMBS


PERLEMBAGAAN


 PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH


FASAL 1        NAMA

(1)     Pertubuhan ini dikenali dengan nama

PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH
                    
                               Selepas ini disebut pertubuhan.

(2)     Takrif  Nama : PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH

(3)     Bertaraf : Negeri

FASAL 2        ALAMAT

(1)            Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah

 NO 4-5 TINGKAT 4 BLOCK 6 JALAN UFUK 25/73
 SEKSYEN 25 40000 SHAH ALAM SELANGOR D.E
 40000 SHAH ALAM
   SELANGOR

                               atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat adalah

 NO 4-5 TINGKAT 4 BLOCK 6 JALAN UFUK 25/73
 SEKSYEN 25 40000 SHAH ALAM SELANGOR D.E
 40000 SHAH ALAM
 SELANGOR

                     (2)      Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.



FASAL 3        MATLAMAT

                     Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut :

1.       Menjalankan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan

2.       menghilangkan kekeliruan masyarakat bugis sabah daripada isu-isu semasa dan    perkauman.

3.       mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara semua bangsa dan agama yang ada di sabah.

4.       menjelaskan kepada semua ahli pentingnya permuafakatan dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain

5.       Menjalankan aktiviti-aktiviti riadah untuk golongan kurang upaya ini seperti lawatan-lawatan riadah/rekreasi, senamrobik, bersukan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan

FASAL 4        KEAHLIAN

(1)            Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;
a)       Ahli Biasa
·         Kewarganegaraan : Malaysia
·         Umur Minima : 20 tahun
·         Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Shah Alam Selanor D.e.
·         Keturunan/Bangsa : Bugis
·         Jantina : Terbuka
·         Agama : Semua
·         Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada

b)       Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.

c)       Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

d)       Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.

e)       Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.

                              
(2)            Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.

(3)            Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.



FASAL 5        PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1)            Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis      2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

(2)            Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.  Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.  Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.




FASAL 6        SUMBER KEWANGAN
                    
                     Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

(1)            Bayaran masuk:   
                       RM 10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ringgit Sahaja Sahaja)

(2)            Yuran:
              RM 10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ringgi Sahaja sahaja)

a)       Yuran bulanan
( i )  Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap bulanan

b)       Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli )
     150

c)       Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

d)       Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

e)       Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

f)        Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.  Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulan.

                     (3)      Sumbangan
                               Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan    barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

                     (4)      Kutipan Derma
                               Pertubuhan ini boleh membuat kutipan derma dari orang ramai dengan syarat kebenaran pihak berkenaan diperolehi terlebih dahulu.

(5)            Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.


FASAL 7        MESYUARAT AGUNG

(1)            Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.  Sekurang-kurangnya satu perdua ½ daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

(2)            Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.

(3)            Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam tempoh 12 bulan   daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:

(a)            mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;

(b)            mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;

(c)            memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)

(d)            menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(4)            Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit.  Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

(5)            Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

(a)            bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau

(b)            atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya.  Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

(6)            Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(7)            Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(8)            Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini,  Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(9)            Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.


FASAL 8        JAWATANKUASA

(1)            Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih Dua Tahun Sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

(2)            Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

(3)            Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula Dua Tahun Sekali .

(4)            Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.

                     (5)      Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 8 Kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(6)     Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:

(a)            Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;

(b)            Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan

(c)            Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.

                     (7)      Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.

                     (8)      Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

                     (9)      Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

(10)        Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

(11)        Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.



FASAL 9        KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1)            Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.  Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.

(2)            Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

(3)            Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat.

(4)            Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

(5)            Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

(6)            Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.


FASAL 10      KEWANGAN

(1)            Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.

(2)            Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 350  (Ringgit Malaysia Tiga ratus lima puluh sahaja Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.

(3)            Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.

(4)            Perbelanjaan yang lebih daripada RM150 (Ringgit Malaysia Seratus lima puluh ringgit sahaja Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 400 (Ringgit Malaysia Empat ratus ringgit sahaja Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 150 (Ringgit Malaysia Seratus lima puluh ringgit sahaja Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
 
(5)            Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan  yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.

(6)            Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 01 April.



FASAL 11      JURUAUDIT

(1)            Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama Dua tahun boleh dilantik semula.

(2)            Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi Dua tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan . Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12      PENTADBIR HARTA

                   (1)        Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
                    
                     (2)      Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

FASAL 13      TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

(1)            Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.

(2)            Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 14      PENASIHAT/PENAUNG                                    
                              
                     (1)      Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

FASAL 15      LARANGAN

(1)            Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.

(2)            Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.

(3)            Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.

(4)            "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

(5)            Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja Pertubuhan.


FASAL 16      PINDAAN PERLEMBAGAAN

         (1)        Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17      PEMBUBARAN 

(1)            Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

(2)            Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

(3)            Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

FASAL 18      BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
                        

Keterangan: 

1)lambang berbentuk bulat dan berwarna biru bermakna persatuan ini mengutamakan kebajikan dan perpaduan.  

2)Latar belakang lambang ini yang menggunakan Bendera Sabah membawa makna semua warga Sabah yang berminat menjadi ahli dalam persatuan ini amat dialu-alukan. 

3)Perahu layar Pinisi membawa makna suku kaum Bugis adalah pelayar unggul suatu masa dulu.  

4)Layar berwarna putih pada perahu pinisi dan tulisan pada lambang ini,membawa dua makna:  

1.Kesucian Agama rasmi Malaysia adalah Agama Islam. 

2.Setiap ajk dalam persatuan ini harus sentiasa bersikap jujur dan amanah demi mencapai matlamat persatuan ini.