PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH
KERTAS KERJA
NAMA SINGKATAN: PBKMBS
TARIKH DITUBUHKAN: 03 APRIL 2012
NOMBOR SIJIL LULUS: PPM-001-10-03042012
BERTARAF: NEGERI
ALAMAT:
NO 4-5 TINGGAT 4
BLOCK 6,JLN UFUK 25/73 SYEKSEN 25 40400 SHAH ALAM SELANGOR DAUL EHSAN
TEMPAT : TAMAN SRIMUDA SHAH ALAM
1. Pendahuluan
Sejak akhir-akhir ini suku kaum Bugis Sabah yang
bekerja disemenanjung khususnya di Shah Alam Selangor sering menghadapai
masalah kewangan apabila ada diantara kaum keluarga yang meninggal dunia atau
kemalangan jalan raya.
Ini menimbulkan banyak persoalan bagaimana hendak
menyelesaikannya sedangkan pendapatan gaji kasar sebulan suku kaum bugis sabah
dalam sector perkilangan cuma RM1000 ke RM1200 sebulan.
Menyedari akan masalah ini kami telah sepakat untuk
menubuhkan satu tabung kebajikan yang diberi nama Bantuan Kebajikan Melayu
Bugis Sabah(BKMBS).Penubuhan tabung Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah ini
telah didaftarkan dengan jppm(ros).
2. Golongan
sasar
Semua peringkat umur
yang terdiri daripada semua suku kaum bugis termasuk yang berkahwin campur atau
berketurunan bugis.Selain dari suku kaum bugis yang berminat untuk menjadi Ahli dalam persatuan ini adalah dibenarkan
dengan tiga syarat:
1. Bersetuju
untuk memberi kerjasama dalam mencapai matlamat persatuan ini.
2. Tidak
menimbulkan isu-isu perkauman dan agama dalam persatuan
3. Bersejutu
dengan bayaran bulanan keahlian dan tidak melewatkan bayaran bulanan
sepertimana yang telah dipersetujui oleh 36 orang ajk tetap persatuan ini.
4.
Matlamat
Persatuan
v Menjalankan kerja-kerja amal
untuk mencapai matlamat pertubuhan.
v
Menghilangkan kekeliruan masyarakat Bugis Sabah
daripada isu-isu semasa dan perkauman.
v
Mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara
semua bangsa dan agama yang ada di Sabah.
v
Menjelaskan kepada semua ahli pentingnya
permuafakatan dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain
v
Menjalankan aktiviti-aktiviti riadah untuk
Golongan kurang upaya seperti lawatan-lawatan
riadah/rekreasi,senamrobik,bersukan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
v
Menjelaskan kepada semua ahli konsep sebenar
tabung ini ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan suku kaum
bugis dan warga sabahan dari suku kaum yang berbeza.
4.Jenis bantuan kebajikan fasal 1
v
Ahli berdaftar yang meninggal dunia(kos
pengurusan jenazah)
v
Ahli kemalangan jalan raya(kos perubatan dan
makanan)
v
Ibu Bapa meninggal dunia di Sabah(Kos tambang
pergi balik)
v
Istri bersalin(suami istri mesti ahli)
5.Jenis bantuan kebajikan fasal 2
Lain-lain bantuan kebajikan seperti yang dinyatakan dibawah
ini (fasal 2) akan dilaksanakan
sepenuhnya apabila persatuan ini telah memiliki jumlah keahlian melebihi 450
orang.
o
Istri bersalin (keduanya mesti ahli berdaftar)
o
Perkahwinan (hadiah berupa wang tunai (passolo)dan lain-lain)
o
Pendidikan(Yuran pendaftaran sekolah anak)
o
Majlis rumah terbuka sempana hari raya Aidilfitri
o
Majlis makan malam bersama Ajk Persatuan
o
Hari keluarga Persatuan
o
Sukaneka terbuka setiap tahun
o
Anjuran Bola Sepak Persatuan
o
Sumbangan duit hari raya untuk anak-anak ahli sahaja
o
Sumbangan untuk keperluan asas Masjid dan Surau
o
Lawatan kerumah anak-anak yatim piatu.
6.Sumber kewangan
masa untuk ini
Yuran pendaftaran Ahli baru.
Yuran bulanan Ahli berdaftar.
7.Sumber kewangan
masa akan datang
Anjuran sukan seperti bola
sepak,badminton,sepak takraw dan lain-lain
Jualan baju kemeja persatuan untuk ahli
berdaftar sahaja
Jualan stiker kereta untuk ahli berdaftar
sahaja
Jualan Kelender dan majalah tahunan
persatuan(terbuka)
Berniaga makanan dan minuman ketika ada
sukaneka berlangsung
Memohon sedikit dana dari kerajaan
8.Soalan lazim
dari Ahli berdaftar dan bukan Ahli
Soalan:?
Apakah ajk persatuan ini yakin dapat memberi bantuan
kebajikan kepada ahlinya jika ada yang meninggal dunia atau kemalangan?
Jawapan:-
Sudah tentu kami ajk persatuan ini mampu memberi bantuan
kebajikan
kepada ahli kami yang meninggal dunia atau kemalangan dengan
fakta seperti berikut:
Persatuan bkmbs ini
sebenarnya bukan baru dalam urusan soal kebajikan.Sebelum persatuan bkmbs ini
didaftarkan ianya dikenali dengan nama seperti berikut:-
a. TKWS (Tabung kebajikan warga Sabah)
Tahun:2006-dec 2009.
b. BKWS (Bantuan kebajikan warga
Sabah)Tahun:2010-dec2011.
c. BKMBS (Bantuan kebajikan melayu bugis
Sabah)Tahun:2012.
Walaupun pada masa itu TKWS dan BKWS tidak didaftarkan dengan jppm
namun telah banyak kerja-kerja kebajikan melibatkan warga Sabah yang
bekerja diShah Alam dapat diselesai pada masa tersebut.
Dengan yang demikian
kami yakin persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah ini dapat
melaksanakan misinya dalam kerja-kerja kebajikan melibatkan warga sabahan yang
bekerja di sekitar seksyen 25 Shah Alam Selangor D.E.
Soalan:?
Bagaimana jika ada Ahli berdaftar yang mahu keluar atau
menarik diri
dari persatuan ini atau balik ke Sabah.Apakah Yuran bulanan akan dikembalikan atau tidak?
Jawapan:-
Jika ada ahli berdaftar dalam persatuan ini yang mahu
menarik diri atau keluar dari persatuan ini,maka pihak pengurusan persatuan
akan mengembalikan wang pertaruhan
ahli mengikut cara yang telah dipersetujui dalam mesyuarat agung persatuan ini.
9.Perlembagaan
Persatuan
Semua undang-undang pertubuhan persatuan ini adalah merujuk
kepada perlembagaan yang telah ditetapkan oleh jabatan pendaftaran pertubuhan
Malaysia(jppm).Sebarang pindaan undang-undang persatuan ini mesti melalui
mesyuarat agung persatuan.
10.Akta Bendahari
dan Pengamanah Akaun persatuan
Akaun kewangan
persatuan ini akan diamanahkan kepada tiga orang ajk berdaftar dalam persatuan
ini.Bendahari tidak dibenarkan
memegang akaun persatuan kerana telah ada tiga orang pengamanah yang dilantik khas untuk menyimpan semua wang persatuan
dalam bentuk akaun bank yang didaftarkan atas nama persatuan ini.Bendahari
hanya merekod wang masuk dan keluar dari akaun
persatuan dan lain-lain melibatkan kewangan.
Akta bendahari dan
pengamanah ini tidak boleh digubal atau dipindah melainkan persatuan ini
dibubarkan atau dihentikan operasinya.Sekiranya persatuan ini dibubarkan atau
ditamatkan operasinya.Maka semua wang simpanan dalam akaun pengamanah akan
dikeluarkan dan bendahari akan mengira baki wang tersebut,sebelum dibahagi
samarata dengan semua ajk yang berdaftar mengikut jumlah tahun ahli itu berada
dalam persatuan ini.
11.Maksud Akta
Bendahari
Maksud Akta bendahari
dan pengamanah ini tidak boleh digubal
atau dipindah ialah:- jika sekiranya ada individu
lain yang bukan ajk mahu menaja atau cuba melaburkan wang persatuan ke dalam syarikatnya,maka itu adalah
tidak dipersetujui sama sekali oleh semua ajk dan ahli persatuan ini kerana dikuatiri
akan disalah gunakan akaun persatuan ini dimasa akan datang.
12.Keterangan
Logo
1)lambang
berbentuk bulat dan berwarna biru bermakna persatuan ini mengutamakan kebajikan
dan perpaduan.
2)Latar belakang lambang ini yang menggunakan
Bendera Sabah membawa makna semua warga Sabah yang berminat menjadi ahli dalam
persatuan ini amat dialu-alukan.
3)Perahu
layar Pinisi membawa makna suku kaum Bugis adalah pelayar unggul suatu masa
dulu.
4)Layar
berwarna putih pada perahu pinisi dan tulisan pada lambang ini,membawa dua
makna:
1.Kesucian
Agama rasmi Malaysia adalah Agama Islam.
2.Setiap
ajk dalam persatuan ini harus sentiasa bersikap jujur dan amanah demi mencapai
matlamat persatuan ini.
No comments:
Post a Comment