MAKLUMAT
PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS
SABAH TAMAN SRI MUDA SHAH ALAM SELANGOR
DARUL EHSAN
1. Pendahuluan
Sejak
akhir-akhir ini suku kaum Bugis Sabah
yang bekerja disemenanjung khususnya di Shah Alam Selangor sering menghadapai
masalah kewangan apabila ada diantara kaum keluarga yang meninggal dunia atau
kemalangan jalan raya.Ini menimbulkan banyak persoalan bagaimana hendak
menyelesaikannya sedangkan pendapatan gaji kasar sebulan suku kaum bugis sabah
dalam sector perkilangan cuma RM1000 ke RM1200 sebulan. Menyedari akan masalah
ini kami telah sepakat untuk menubuhkan satu tabung kebajikan yang diberi nama
Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah(BKMBS).Penubuhan tabung Bantuan Kebajikan
Melayu Bugis Sabah ini telah didaftarkan dengan jppm(ros).
2. Golongan sasar
Semua peringkat umur yang terdiri
daripada semua suku kaum bugis termasuk yang berkahwin campur atau berketurunan
bugis.Selain dari suku kaum bugis yang berminat untuk menjadi Ahli dalam
persatuan ini adalah dibenarkan dengan tiga syarat:
Ø Bersetuju
untuk memberi kerjasama dalam mencapai matlamat persatuan ini.
Ø Tidak
menimbulkan isu-isu perkauman dan agama dalam persatuan
Ø Bersejutu
dengan bayaran bulanan keahlian dan tidak melewatkan bayaran bulanan
sepertimana yang telah dipersetujui oleh 24 orang ajk tetap persatuan ini.
3. Objektif tabung kebajikan
a. Menghilangkan kekeliruan masyarakat Bugis
Sabah daripada isu-isu semasa dan perkauman.
- Mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara semua
bangsa dan agama yang ada di Sabah.
- Menjelaskan kepada semua ahli pentingnya
permuafakatan dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain
- Menjelaskan kepada semua ahli konsep sebenar tabung ini ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan suku kaum bugis dan
warga sabahan dari suku kaum yang berbeza.
4.Jenis bantuan kebajikan fasal 1
- Ahli
berdaftar yang meninggal dunia(kos pengurusan jenazah)
- Ahli
kemalangan jalan raya(kos perubatan dan makanan)
- Ibu
Bapa meninggal dunia di Sabah(Kos tambang pergi balik)
Lain-lain
bantuan kebajikan seperti yang dinyatakan dibawah ini(fasal 2)akan dilaksanakan
sepenuhnya apabila persatuan ini telah memiliki jumlah keahlian melebihi 450
orang.
5.Jenis bantuan kebajikan fasal 2
- Istri
bersalin (keduanya mesti ahli berdaftar)
- Perkahwinan
(hadiah berupa wang tunai (passolo)dan lain-lain)
- Pendidikan(Yuran
pendaftaran sekolah anak dan peralatan sekolah)
- Majlis
rumah terbuka sempana hari raya Aidilfitri
- Majlis
makan malam bersama Ajk Persatuan
- Hari
keluarga Persatuan
- Sukaneka
terbuka setiap tahun
- Anjuran
Bola Sepak Persatuan
- Sumbangan
duit hari raya untuk anak-anak ahli sahaja
- Sumbangan
untuk keperluan asas Masjid dan Surau
- Lawatan
kerumah anak-anak yatim piatu.
6.Sumber kewangan masa untuk ini
v Yuran pendaftaran Ahli baru.
v Yuran bulanan Ahli berdaftar.
7.Sumber kewangan masa akan datang
v Anjuran sukan seperti bola
sepak,badminton,sepak takraw dan lain-lain
v Jualan baju kemeja persatuan untuk
ahli berdaftar sahaja
v Jualan stiker kereta untuk ahli
berdaftar sahaja
v Jualan Kelender dan majalah tahunan
persatuan(terbuka)
v Berniaga makanan dan minuman ketika ada sukaneka berlangsung
v Memohon sedikit dana dari kerajaan
8.Soalan lazim dari Ahli berdaftar dan
bukan Ahli
Ø Apakah ajk persatuan ini yakin dapat
memberi bantuan kebajikan kepada ahlinya jika ada yang meninggal dunia atau
kemalangan?
ü Sudah tentu kami ajk persatuan ini
mampu memberi bantuan kebajikan
kepada ahli kami yang meninggal dunia atau kemalangan
dengan fakta seperti berikut:
- Orang
yang mendaftarkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah
ini,adalah orang yang berpengalaman dalam pengurusan melibatkan kebajikan
sejak tahun 2006 lagi.
- Persatuan
bkmbs ini sebenarnya bukannya baru dalam urusan soal kebajikan.Sebelum
persatuan bkmbs ini didaftarkan ianya dikenali dengan nama:
a. TKWS(Tabung kebajikan warga Sabah)
Tahun:2006-dec 2009.
b. BKWS(Bantuan kebajikan warga
Sabah)Tahun:2010-dec2011.
c. BKMBS(Bantuan kebajikan melayu bugis
Sabah)Tahun:2012.
- Walaupun
pada masa itu TKWS dan BKWS tidak didaftarkan dengan jppm namun telah
banyak kerja-kerja kebajikan melibatkan warga Sabah yang bekerja diShah
Alam dapat diselesai pada masa tersebut.
- Dengan
yang demikian kami yakin persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah
ini dapat melaksanakan misinya dalam kerja-kerja kebajikan melibatkan
warga sabahan yang bekerja di sekitar seksyen 25 Shah Alam Selangor D.E.
Ø Bagaimana jika ada Ahli berdaftar yang
mahu keluar atau menarik diri
dari persatuan ini atau balik ke Sabah,apakah Yuran
bulanan akan dikembalikan atau tidak?
ü Jika ada ahli berdaftar dalam
persatuan ini yang mahu menarik diri atau keluar dari persatuan ini,maka pihak
pengurusan persatuan akan mengembalikan wang pertaruhan ahli mengikut cara yang
telah dipersetujui dalam mesyuarat Agung persatuan ini.
9.Perlembagaan Persatuan
Semua
undang-undang pertubuhan persatuan ini adalah merujuk kepada perlembagaan yang
telah ditetapkan oleh jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia(jppm).Sebarang
pindaan undang-undang persatuan ini mesti melalui mesyuarat Agung persatuan.
10.Akta Bendahari dan Pengamanah Akaun
persatuan
Akaun
kewangan persatuan ini akan diamanahkan kepada tiga orang ajk berdaftar dalam
persatuan ini.Bendahari tidak dibenarkan memegang akaun persatuan kerana telah
ada tiga orang pengamanah yang dilantik khas untuk menyimpan semua wang
persatuan dalam bentuk akaun bersama atau kelompok.Bendahari hanya merekod wang
masuk dan keluar dari akaun persatuan dan lain-lain melibatkan kewangan.Akta
bendahari dan pengamanah ini tidak boleh digubal atau dipindah melainkan
persatuan ini dibubarkan atau dihentikan operasinya.Sekiranya persatuan ini
dibubarkan atau ditamatkan operasinya.Maka semua wang simpanan dalam akaun
pengamanah akan dikeluarkan dan bendahari akan mengira baki wang
tersebut,sebelum dibahagi samarata dengan semua ajk yang berdaftar mengikut
jumlah tahun ahli itu berada dalam persatuan ini.
Jika ada pendapat dari lain2 persatuan bolehlah kongsikan di ruangan komen ini
ReplyDelete