PENGENALAN
Nama asal Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah
(PBKMBS) ialah Tabung Kebajikan Warga Sabah(TKWS) yang ditubuhkan pada 1hb Mac
2006 di Taman Sri Muda, Shah Alam dan telah ditamatkan operasinya pada November
2009.
Setelah TKWS ditamatkan operasinya satu lagi tabung
kebajikan Warga Sabah ditubuhkan dengan nama baru iaitu Bantuan Kebajikan Warga
Sabah (BKWS) pada 10hb Februari 2010.
Pada 27hb December 2011, BKWS pula ditamatkan operasinya dan
kedua-dua nama pertubuhan ini tidak didaftarkan dengan R.O.S pada masa ia
ditubuhkan atas sebab kurangnya pengalaman dalam kerja-kerja kebajikan.
Setelah melalui masa 6 tahun menimba pengalaman dalam
kerja-kerja kebajikan dengan itu semua AJK penaja bermesyuarat pada 14hb Januari
2012 untuk menubuhkan satu pertubuhan baru yang diberi nama Persatuan Bantuan
Kebajikan Melayu Bugis Sabah (PBKMBS) dan telah didaftarkan dengan R.O.S.
MAKLUMAT PERTUBUHAN
Nama Yang diDaftarkan
PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH
Nombor Pendaftaran
PPM-001-10-03042012
Alamat Yang didaftarkan
NO 4-5 TINGKAT 4 BLOCK 6 JALAN UFUK 25/73 SEKSYEN 25 40000
SHAH ALAM SELANGOR D.E 40000 SHAH ALAM SELANGOR D.E.
No. Telefon
010-299 9577
010-289 1655
019-222 3887
014-550 9060
Tarikh Pendaftaran
03hb April 2012
Jenis Kegiatan yang didaftarkan
KEBAJIKAN AHLI
Nama Bank
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Nombor Akaun Bank
12-234-01-000206-6
MAKLUMAT JAWATANKUASA
Pengerusi
MUHAMMAD YUSRI BIN ABDULLAH
K/P:730815-12-5459
Timbalan Pengerusi
KHAIRUL BIN ABBAS
K/P:790820-12-6215
Setiausaha
SADARIAH BINTI KADANG
K/P:890111-12-5584
Timbalan Setiausaha
REDZUAN BIN SARURAN
K/P:820306-12-5871
Bendahari
KADARIAH BINTI ABD KADAR
K/P:861025-49-5930
Ahli Jawatankuasa 1
MUKTAR BIN MASMUR
K/P:870324-12-5061
Ahli Jawatankuasa 2
LOKMAN BIN HUSAINI
K/P:801103-12-5675
OBJEKTIF PERTUBUHAN
Menghilangkan kekeliruan masyarakat Bugis Sabah daripada
isu-isu semasa dan perkauman.
Mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara semua Bangsa
dan Agama yang ada di Sabah.
Menjelaskan kepada semua Ahli pentingnya permuafakatan dan
sentiasa tolong menolong antara satu sama lain.
Menjelaskan kepada semua Ahli konsep sebenar Persatuan ini
ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan suku kaum Bugis dan Warga
Sabahan dari suku kaum yang berbeza.
VISI DAN MISI
PERTUBUHAN
VISI
Untuk menjadikan Persatuan ini maju dan berdaya saing dari
segenap aspek serta wadah utama dalam kerja-kerja kebajikan.
MISI
Menyerapkan semangat cintakan Persatuan serta sanggup
membantu antara satu sama lain tanpa mengira jantina, agama, dan bangsa.
Mewujudkan ahlijawatankuasa yang bertanggungjawab dalam
Persatuan supaya segala tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan
berkesan.
Sentiasa berusaha dengan lebih baik bagi setiap perkara yang
dilakukan tanpa cepat merasa berputus asa.
BANTUAN KEBAJIKAN FASAL 1 DAN 2
1.Ahli berdaftar yang meninggal dunia
(kos pengurusan jenazah)
2.Ahli kemalangan jalan raya
(kos perubatan Hospital)
3.Ibu Bapa meninggal dunia di Sabah
(Kos tambang pergi balik)
4.Istri bersalin
(kos perubatan Hospital)
FASAL 2
Perkahwinan = hadiah berupa wang tunai dan lain-lain.
Pendidikan = Yuran pendaftaran sekolah anak.
Sumbangan duit hari raya = untuk anak-anak ahli sahaja.
Bantuan ibu Tunggal = Ahli berdaftar sahaja.
KEGIATAN DIMASA DEPAN
Majlis rumah terbuka sempana hari Raya Aidilfitri=Untuk
semua Ahli berdaftar.
Majlis makan malam bersama
Ahli dan Ajk Persatuan
Hari keluarga Persatuan
Sukaneka terbuka setiap tahun
Anjuran Bola Sepak Persatuan
Sumbangan barangan untuk keperluan asas Masjid dan Surau
Lawatan kerumah anak-anak Yatim Piatu.
SUMBER KEWANGAN
MASA KINI
Yuran Pendaftaran Ahli baru.
Yuran bulanan Ahli berdaftar
MASA AKAN DATANG
Anjuran sukan seperti bola sepak,badminton,sepak takraw dan
lain-lain
Jualan baju kemeja Persatuan untuk Ahli berdaftar sahaja
Jualan stiker kereta untuk Ahli berdaftar sahaja
Jualan kalender dan majalah tahunan Persatuan(terbuka)
Berniaga makanan dan minuman ketika ada sukaneka
berlangsung
Memohon sedikit dana dari Kerajaan Pusat.
MAKNA LOGO PBKMBS
Keterangan makna logo:
Lambang berbentuk bulat dan berwarna biru bermakna Persatuan
ini mengutamakan kebajikan dan perpaduan.
Latar belakang
lambang ini yang menggunakan Bendera Sabah membawa makna semua Warga Sabah yang
berminat menjadi ahli dalam persatuan ini amat dialu-alukan.
Perahu layar pinisi membawa makna suku kaum Bugis adalah
pelayar unggul suatu masa dulu.
Layar berwarna putih pada Perahu Pinisi dan tulisan pada
lambang ini, membawa dua makna:
Kesucian Agama rasmi Malaysia adalah Agama Islam.
Setiap AJK dalam persatuan ini harus sentiasa bersikap jujur
dan amanah demi mencapai matlamat Persatuan ini.
PERLEMBAGAAN PBKMBS
Semua undang-undang Pertubuhan
Persatuan ini adalah merujuk kepada Perlembagaan yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(JPPM).
Sebarang pindaan undang-undang
Persatuan ini mesti melalui mesyuarat Agung Persatuan.
PENUTUP
Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu
Bugis Sabah telah ditubuhkan dengan niat yang murni, tetapi oleh kerana sumber
kewangan yang terhad menyebabkan Pertubuhan ini hanya mampu menyertai
kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Ngo dan Pertubuhan lainnya.Adapun
kegiatan yang dijalankan dan dilaksanakan sendiri oleh PBKMBS seperti anjuran
bola sepak,bowling dan sumbangan Kebajikan kepada Ahlinya yang berdaftar.
Walaupun demikian PBKMBS masih
berjaya wujud dengan tidak mempunyai sebarang hutang dari pihak ketiga. Masa
depan PBKMBS adalah cemerlang sekiranya
mendapat sokongan dari segi pertolongan kewangan daripada Kerajaan Pusat
untuk mencapai Objektif sebenar PBKMBS
dimasa depan.
No comments:
Post a Comment