ISU PEMAHAMAN UNTUK SETIAP JENIS
BANTUAN KEBAJIKAN AHLI.
JENIS BANTUAN KEBAJIKAN PBKMBS
FASAL1 SESI 2012/2014
1.BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN AHLI
Perkara diatas hendaklah dirujuk
serta difahami oleh setiap ajk pbkmbs sebagai berkata ”AHLI”bererti Tuan punya
diri atau merujuk tidak lebih dari seorang manusia.Manakala perkataan
“MENINGGAL DUNIA”pula merujuk pada seseorang yang telah meninggalkan muka bumi
ini secara sedar atau tidak sedar atau maksud lainnya ialah “MATI”dan bukannya
hilang atau keluar dari sesebuah Negeri kenegeri lainnya.
Jika ini beraku pada ahli berdaftar
pbkmbs maka dengan itu pihak Ajk Induk
pertubuhan ini hendaklah bertanggungjawab menguruskan pengkebumian jenazah ahli atau memberi bantuan kebajikan berbentuk
wang tunai kepada waris terdekat
ahli yang telah meninggal dunia tadi.
Jumlah bantuan kebajikan adalah merujuk pada borang pendaftaran keahlian
pbkmbs fasal 1 sesi 2012 yang memperuntukan bantuan khairat kematian ahlinya sebanyak RM1000.00.(SERIBU RINGGIT SAHAJA).
Untuk melengkapkan kertas kerja
pihak ajk induk pbkmbs memerlukan dokumen dan butiran waris ahli seperti berikut:
1.Surat laporan kematian ahli yang
dikeluarkan oleh jabatan perubatan forensik atau pengesahan daripada Ketua
kampung/pengerusi krt atau badan-badan kerajaan yang berkaitan.
2.Nama penuh waris,Alamat,nombor ic
atau passport serta hubungan ahli dengan waris.
2.AHLI KEMALANGAN JALAN RAYA/TEMPAT KERJA
Huraian pemahaman Ajk kepada Ahli
berdaftar sahaja.
Perkara diatas merujuk pada kejadian yang berlaku atau menimpa ahli
berdaftar sahaja secara disengajakan
atau tidak disengajakan.Situasi atau
keadaan ahli pada masa itu adalah dalam keadaan cedera parah,koma atau
perlu menjalani pembedahan.
Keterangan diatas merujuk pada ahli atau diri sendiri atau seseorang yang telah mendaftarkan dirinya dalam
pertubuhan pbkmbs.
Pemahaman secara total atau
menyeluruh ialah ahli berdaftar ini
benar-benar kemalangan jalan raya
atau kemalangan ditempat kerja dan bukan berpunca dari kecuain memandu sehingga menyebabkan orang lain yang kemalangan
jalan raya, atau orang lain cedera di tempat ahli bekerja akibat perbuatan ahli, sehingga
ahli yang diminta untuk membayar kos
perubatan orang lain.
Jumlah bantuan kebajikan adalah merujuk pada borang pendaftaran keahlian
pbkmbs fasal 1 sesi 2012 yang memperuntukan bantuan kos perubatan hospital atau
klinik kerajaan sebanyak RM500.00 (LIMA
RATUS RINGGIT SAHAJA).Baki kos perubatan adalah menjadi tanggungjawab keluarga
ahli.
Untuk melengkapkan kertas kerja
pihak ajk induk pbkmbs memerlukan dokumen dan butiran ahli seperti berikut:
1.Salinan laporan kemalangan (nama
ahli dan bukan orang lain)
2.Salinan kos perubatan hospital/klinik
kerajaan sahaja. (nama ahli dan bukan orang lain)
3.IBU BAPA MENINGGAL DISABAH.
Huraian pemahaman Ajk kepada Ahli
berdaftar sahaja.
Perkara diatas hendaklah dirujuk
serta difahami oleh setiap ajk pbkmbs sebagai berkata “IBU/BAPA MENINGGAL DISABAH”ayat ini menunjukkan atau merujuk pada
kematian dan bukan merujuk pada IBU/BAPA
ahli yang sedang sakit tenat.
Maksud atau makna ibu bapa ialah, ibu
yang melahirkan ahli berdaftar dalam pbkmbs dan ahli mesti ber “BIN” atau ber “BINTI” kan nama sebenar si BAPA yang meninggal dunia dan bukannya
merujuk pada ahli keluarga lainnya seperti
bapa saudara,bapa mentua,makcik,pakcik,adik,abang,kakak dan lain-lain.
Jumlah bantuan kebajikan adalah
merujuk pada borang pendaftaran
keahlian pbkmbs fasal 1 sesi 2012 yang memperuntukkan bantuan tiket penerbangan pergi dan balik untuk
seorang ahli berdaftar sahaja.
Untuk melengkapkan kertas kerja
pihak ajk induk pbkmbs memerlukan dokumen dan butiran lengkap Ibu dan bapa ahli
seperti berikut:
1.Surat laporan kematian IBU/BAPA ahli yang dikeluarkan oleh jabatan perubatan
forensik atau pengesahan daripada Ketua kampung/pengerusi krt atau badan-badan
kerajaan yang berkaitan.
2.Salinan kad pengenalan/pasport
dan surat nikah/surat kawin Ibubapa ahli.
3.Salinan tiket penerbangan ahli
pergi dan balik.
4.BANTUAN ISTRI BERSALIN
1. Huraian pemahaman Ajk kepada
Ahli berdaftar sahaja.
Perkara diatas hendaklah dirujuk
serta difahami oleh setiap ajk pbkmbs sebagai berkata “ISTRI BERSALIN atau ISTRI” ahli melahirkan anak.Pemahaman maksud
ayat untuk BANTUAN ISTRI BERSALIN
hanya diperuntukkan kepada ahli kaum
wanita sahaja dan ianya telah mendaftarkan diri dalam pertubuhan pbkmbs 3 bulan lebih awal dari tarikh persalinannya dan bukannya sebulan sebelum bersalin baru hendak
mendaftarkan diri dalam pertubuhan
pbkmbs.
Suami tidak
diperuntukkan bantuan istri bersalin
jika si istri tidak menjadi ahli berdaftar dalam pertubuhan pbkmbs ini.Bantuan
ini merujuk pada kaum wanita sahaja
dan tidak untuk kaum lelaki.
(suami).
Jumlah bantuan kebajikan adalah merujuk pada borang pendaftaran keahlian
pbkmbs fasal 1 sesi 2012 yang memperuntukan bantuan untuk setiap ahli/Istri
yang bersalin di hospital atau klinik kerajaan sebanyak RM350.00 (TIGA RATUS LIMA PULUH RINGGIT SAHAJA).Baki kos perubatan
adalah menjadi tanggungjawab keluarga ahli.
Untuk melengkapkan kertas kerja
pihak ajk induk pbkmbs memerlukan dokumen dan butiran lengkap Istri atau ahli
wanita yang telah berdaftar dengan pbkmbs
seperti berikut:
1.Salinan surat bersalinan Istri
atau ahli.
2.Salinan kad pengenalan atau pasport
ahli bersalin atau melahirkan anak.
NOTA:
Semua garis panduan
kerja ini harus difahami oleh setiap
ajk yang telah dilantik dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis
sabah.Setiap ajk yang dilantik hendaklah memberi penerangan penuh kepada setiap
ahli dibawah tajaannya untuk
mengelak kekeliruan dimasa akan datang.
No comments:
Post a Comment