Amanah dari
Ahli berdaftar Pbkmbs
AKTA BENDAHARI
TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN
Perkara diatas,haruslah dirujuk terlebih dahulu yang
menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau
tidak sengaja.
1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu
bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa
menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang
harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.
2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat
agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan
Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.
3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja
untuk pertubuhan ini dan itupun harus mendapat sokongan dari semua ajk dan ahli
didalam mesyuarat agung tahunan.
4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta
bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan
pertubuhan ini.
5.Pengerusi tidak
dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan
atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.
6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja
atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya
sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.
7.Akta bendahari
adalah garis panduan kerja dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah
untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan
mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.
8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan
dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan
kebajikan melayu bugis sabah.
Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012
Surat sokongan dari ahli berdaftar untuk tidak
menggubal akta bendahari dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah
selagi persatuan ini masih beroperasi.
Perkara diatas adalah dirujuk
sebagai berkata”Akta bendahari tidak boleh digubal atau dipindah”
atas persetujuan semua ajk
dan ahli berdaftar dalam pertubuhan ini sebelum ianya didaftarkan dengan
jppm(ros).
Perancangan awal pertubuhan
ini telah bersetuju memindahkan akta
bendahari yang pernah digunakan untuk tabung kebajikan warga sabah(tkws
2006)dan bantuan kebajikan warga sabah(bkws 2010) untuk diguna pakai dalam
persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah(pbkmbs 2012).
Akta bendahari tkws 2006 dan
bkws 2010 menyatakan,bahawa setiap derma yang dikutip dari setiap warga sabahan
haruslah disenaraikan nama mereka didalam kertas kerja tahunan tkws dan bkws
pada masa itu.Kelalaian ajk tkws dan bkws dalam merekod nama penderma pada masa
itu akan dianggap sebagai cuba menyelewengkan wang kutipan derma kebajikan.
Pindaan akta bendahari untuk
pbkmbs 2012 pula menyatakan hak-hak ahli dan ajk berdaftar dalam persatuan
bantuan kebajikan melayu bugis sabah haruslah dipatuhi oleh setiap pengerusi
yang dilantik.Antara hak ajk dan ahli berdaftar yang harus dipatuhi oleh
pengerusi yang dilantik adalah seperti berikut:-
- Wang pertaruhan setiap ajk dan ahli berdaftar
yang menarik diri atau keluar dari persatuan ini hendaklah dikembalikan
mengikut cara yang betul.
- Wang akaun tetap persatuan tidak boleh dilaburkan
atau diurusniagakan menggunakan nama individu lain,wang persatuan hanya
boleh dilaburkan dengan menggunakan nama persatuan bantuan kebajikan
melayu bugis sahaja.
- Jika persatuan bantuan kebajikan melayu bugis
sabah ditamatkan operasinya,maka semua wang pertaruhan ahli hendaklah
dibahagi sama rata mengikut jumlah tahun ahli tersebut berada didalam
persatuan ini.
Ahli diberi kuasa untuk
memecat pengerusi yang dilantik sekiranya menyalahi akta bendahari atau cuba
untuk menggubal atau memindah akta tersebut.Pengerusi yang dilantik hendaklah
memenuhi semua persyaratan yang telah ditetapkan didalam akta bendahari ini.
No comments:
Post a Comment