Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs

AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN

Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.

1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.

2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.

3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.

4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.

5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.

6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.

7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.

8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.

Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012

Saturday, July 21, 2012

FUNGSI DAN KUASA AKTA BENDAHARI DALAM PBKMBS.


1.Memberi jaminan kepada semua ahli dalam persatuan  bahawa yuran bulanan setiap ahli akan dikembalikan semula kepada mereka jika ada yang mahu menarik diri dari persatuan ini.Wang ahli akan ditolak dengan jumlah wang yang telah digunakan untuk tujuan kebajikan sebelum bakinya diserahkan pada ahli tersebut.

2.Tidak membenarkan mana-mana ajk dalam dalam persatuan ini untuk melaburkan wang persatuan tanpa persetujuan dari ajk induk dan semua ahli berdaftar dalam persatuan ini.

3.Jika ada individu lain yang bukan ajk mahu menaja atau cuba melaburkan wang persatuan ke dalam syarikatnya,maka itu adalah tidak dipersetujui sama sekali oleh semua ajk dan ahli persatuan ini kerana dikuatiri akan disalah gunakan akaun persatuan ini dimasa akan datang.

4.Sebarang pelaburan melibatkan wang persatuan mesti didaftarkan terlebih dahulu dengan ssm dan wang persatuan yang hendak dilabur mesti menggunakan nama pertubuhan”persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah” dan bukan menggunakan nama ajk atau ajk induk atau lain-lain nama.

5.Tidak membenarkan mana-mana syarikat yang mahu melaburkan wang persatuan atas nama syarikat mereka.

6.Semua wang dalam akaun persatuan  mesti dikemaskini setiap bulan dan Salinan pengemaskinian akaun persatuan harus diedar kepada semua ajk persatuan ini.

7.Sekiranya persatuan ini dibubarkan atau ditamatkan operasinya.Maka semua wang simpanan dalam akaun pengamanah akan dikeluarkan dan bendahari akan mengira baki wang tersebut,sebelum dibahagi samarata dengan semua ahli yang berdaftar mengikut jumlah tahun ahli itu berada dalam persatuan ini.

8. Akta bendahari dan pengamanah ini tidak boleh digubal atau dipindah kerana ini adalah satu syarat dan perjanjian dalam kerja pelan perancangan awal pertubuhan ini sebelum ianyanya didaftarkan dengan jppm(ros).Akta ini hanya boleh digubal dan dipindah dengan cara menamatkan operasinya dan semua wang persatuan harus dibahagikan sama rata kepada semua ahli berdaftar mengikut kiraan tahun mereka berada dalam persatuan ini.

9.Tanpa adanya akta bendahari dalam persatuan ini,maka selepas dua tahun operasinya,pengerusi lama akan ditukar dan semua ajk juga akan diundi maka selepas itu undang-undang dalam perlembagaan pertubuhan ini mereka boleh memindahkanya atau menggubalkannya tanpa perlu mendapat kebenaran dari pengerusi asal pertubuhan ini.

Tetapi dengan adanya akta bendahari maka akaun pbkmbs dan hak-hak ahli berdaftar dalam persatuan ini tidak akan dapat pindah atau gubal,kerana akta bendahari tidak terkandung dalam perlembagaan persatuan ini.

10.Semua pengerusi dan ajk yang dilantik setiap 2 tahun sekali tidak akan dapat mengubah akta ini kerana setelah perlantikan itu pengerusi harus menandatangani satu surat persetujuan untuk tidak mencuba menggubal akta bendahari ini.

11.Sumber akta bendahari: tkws/bkws/pbkmbs(telah terbukti berkesan sejak tahun 2006 menjaga sumber kewangan tabung kebajikan warga sabah(tkws 2006)dan bantuan kebajikan warga sabah (bkws 2010).Kini akta bendahari akan dikuatkuasakan untuk menjaga sumber kewangan pbkmbs dari disalah gunakan oleh setiap ajk yang dilantik atau diundi pada setiap dua tahun sekali.

No comments:

Post a Comment