Amanah dari Ahli berdaftar Pbkmbs
AKTA BENDAHARI TIDAK BOLEH DIGUBAL OLEH SESIAPA PUN YANG TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI PBKMBS PADA SETIAP 2 TAHUN
Perkara diatas,hendaklah dirujuk terlebih dahulu yang menyatakan akta bendahari tidak boleh diubah atau digubal dengan sengaja atau tidak sengaja.
1.Penggubalan atau pindaan akta bendahari akan menyebabkan persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah akan di hentikan operasinya dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa menunggu jangka waktu dua tahun.Akta bendahari adalah satu garis panduan yang harus dipatuhi oleh setiap Pengerusi yang mentadbir pertubuhan ini.
2.Setiap Pengerusi yang dipilih pada setiap kali mesyuarat agung iaitu setiap dua tahun sekali akan diminta untuk mengisi borang perlantikan Pengerusi sebelum memulakan tugas sebagai Pengerusi pertubuhan ini.
3.Pengerusi hanya boleh menggubal perlembagaan tertentu saja untuk pertubuhan ini dan itupun mesti mendapatkan sokongan dari semua ajk dan ahli berdaftar didalam mesyuarat agung tahunan.
4.Pengerusi yang dilantik mesti memahami dan mematuhi akta bendahari dengan penuh kesungguhan tanpa ada niat lain terhadap akaun kewangan pertubuhan ini.
5.Pengerusi tidak dibenarkan menggunakan wang persatuan dengan tujuan pelaburan, perniagaan atau apapun bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran dari ajk induk pertubuhan ini.
6.Jika Pengerusi yang dilantik melanggar secara sengaja atau tidak sengaja garis panduan kerja atau akta bendahari ini,maka dengan itu dia akan dilucutkan dari jawatannya sebagai pengerusi pertubuhan ini tanpa sebarang notis pemberitahuan.
7.Akta bendahari adalah garis panduan kerja dalam Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah untuk mencapai matlamat pertubuhan ini.Akta bendahari juga digunakan untuk tujuan mengelak dari penyalahgunaan kuasa oleh setiap ajk dalam pertubuhan ini.
8.Akta bendahari adalah satu akta yang ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ajk dan ahli berdaftar dalam persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah.
Tarikh penguatkuasaan akta bendahari:02 January 2012
PENGUMUMAN!!!"
ReplyDelete1.KEPADA SEMUA AHLI YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN PBKMBS cawangan SHAH ALAM DIINGATKAN BAHAWA YURAN BULANAN SEBANYAK RM10 SEBULAN HARUS DI JELASKAN SEBELUM 11 HB PADA SETIAP BULAN.
2.SEMUA AHLI BERDAFTAR DIMINTA UNTUK MENYEDIAKAN SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT ATAU UKURAN IC UNTUK PEMBIKINAN KAD KEAHLIAN SEBELUM 15 JUN 2012.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI BIRO PENERANGAN PBKMBS DI TALIAN 010 2891655 ATAU MENGHUBUNGI TUAN PENGERUSI EN.YUSRI(YS APACHE).
BERSAMA LA KITA MENJAGA KEBAJIKAN WARGA SABAH DI PERANTAUAN....
JANGAN BERCAKAP SAJA TAK SERUPA BIKIN...