PERLEMBAGAAN
PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN
MELAYU BUGIS SABAH
FASAL 1 NAMA
(1)
Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH
Selepas
ini disebut pertubuhan.
(2)
Takrif Nama : PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS
SABAH
(3)
Bertaraf : Negeri
FASAL 2 ALAMAT
(1)
Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah
NO 4-5 TINGKAT 4 BLOCK 6 JALAN UFUK
25/73
SEKSYEN 25 40000 SHAH ALAM SELANGOR
D.E
40000 SHAH
ALAM
SELANGOR
atau di tempat
lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat adalah
NO 4-5 TINGKAT 4 BLOCK 6 JALAN UFUK
25/73
SEKSYEN 25 40000 SHAH ALAM SELANGOR
D.E
40000 SHAH
ALAM
SELANGOR
(2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan
tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 MATLAMAT
Tujuan Pertubuhan adalah
seperti berikut :
1.
Menjalankan
kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat pertubuhan
2.
menghilangkan kekeliruan masyarakat
bugis sabah daripada isu-isu semasa dan
perkauman.
3.
mengeratkan
lagi hubungan siratulrahim antara semua bangsa dan agama yang ada di sabah.
4.
menjelaskan
kepada semua ahli pentingnya permuafakatan dan sentiasa tolong menolong antara
satu sama lain
5.
Menjalankan
aktiviti-aktiviti riadah untuk golongan kurang upaya ini seperti
lawatan-lawatan riadah/rekreasi, senamrobik, bersukan dan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan
FASAL 4 KEAHLIAN
(1)
Kriteria keahlian
pertubuhan adalah seperti berikut;
a) Ahli Biasa
·
Kewarganegaraan : Malaysia
·
Umur Minima : 20
tahun
·
Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Shah Alam Selanor D.e.
·
Keturunan/Bangsa : Bugis
·
Jantina : Terbuka
·
Agama : Semua
·
Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
b)
Ahli Bersekutu
Terbuka kepada
mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
c)
Ahli Kehormat
Terdiri daripada
mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada
pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran
yuran.
d)
Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada
Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
e)
Ahli Remaja
Terbuka kepada
mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran
bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.Mereka tidak boleh mengundi
atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.
(2)
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli
hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha
yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada
Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya
menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
(3)
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya
telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar
bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima
menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 PEMBERHENTIAN
DAN PEMECATAN AHLI
(1)
Ahli yang hendak berhenti daripada
menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu
terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
(2)
Mana-mana ahli
yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang
akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya
bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung
keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi
pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang
untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu
hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan
keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER
KEWANGAN
Sumber
kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
(1)
Bayaran masuk:
RM 10 (Ringgit
Malaysia Sepuluh Ringgit Sahaja Sahaja)
(2)
Yuran:
RM 10 (Ringgit Malaysia
Sepuluh Ringgi Sahaja sahaja)
a)
Yuran bulanan
( i ) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada
bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap bulanan
b)
Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli )
150
c)
Ahli yang
membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau
wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga
hutangnya telah dijelaskan.
d)
Ahli yang
membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan
Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya
dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan
berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e)
Jawatankuasa
mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah
membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f)
Yuran khas atau
kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut
dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam
tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran
bulan.
(3) Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima
sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah
diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.
(4) Kutipan Derma
Pertubuhan ini boleh membuat kutipan derma
dari orang ramai dengan syarat kebenaran pihak berkenaan diperolehi terlebih
dahulu.
(5)
Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini
boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa,
memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
FASAL 7 MESYUARAT
AGUNG
(1)
Pengelolaan
Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua ½ daripada
jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa,
mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi
mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
(2)
Jika korum tidak
cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak
lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak
cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat
yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan
mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.
(3)
Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah
diadakan dalam tempoh dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan
tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
(a)
mempertimbangkan
laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;
(b)
mempertimbangkan
laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
(c)
memilih ahli-ahli
Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
(d)
menguruskan
perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4)
Setiausaha
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat
termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata
kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah
dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
(5)
Mesyuarat Agung
Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
(a)
bila difikirkan
mustahak oleh Jawatankuasa; atau
(b)
atas permintaan
beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari
jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab
mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
(6)
Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh
ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari
tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7)
Pengumuman dan
agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha
kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah
ditetapkan untuk bermesyuarat.
(8)
Fasal 7(1) dan 7(2)
di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung
Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari
waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli
itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah
dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli
dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(9)
Setiausaha
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam
tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
(1)
Satu Jawatankuasa seperti berikut yang
dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih Dua Tahun Sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan
Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong
Setiausaha
Seorang Bendahari
2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
(2)
Pemegang-pemegang
jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif
dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
(3)
Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas
hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara
mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua
pegawai boleh dipilih semula Dua Tahun Sekali .
(4)
Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan
mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas
perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah
ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh
mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak
terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi
keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan
berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 8
Kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap
mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu.
Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli
Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat
Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada
bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan korum mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahak yang
berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat
diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli
Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya
seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
(a)
Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah
dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada
tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b)
Sekurang-kurangnya setengah daripada
bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka
terhadap itu; dan
(c)
Keputusan hendaklah dengan undi yang
terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk
disahkan dan dicatitkan dalam minit.
(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir
menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang
memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal
dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di
dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.
Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah
Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada
Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan
melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh
menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana
cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan
Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan
kepentingan Pertubuhan.
(10)
Jawatankuasa boleh menubuhkan
Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas
kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
(11)
Jawatankuasa yang lama hendaklah
menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan
berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun,
buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada
Jawatankuasa baru.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN
PEGAWAI
(1)
Pengerusi, dalam
tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung
dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai
undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
(2)
Timbalan Pengerusi
hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3)
Setiausaha hendaklah menjalankan kerja
pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua
perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan
urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali
buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku
daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti
nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan
alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir
dalam semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat.
(4)
Penolong
Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(5)
Bendahari adalah bertanggungjawab
berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada
penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
(6)
Ahli Jawatankuasa
Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan
olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
(1)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam
perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang
berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja
pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
(2)
Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak
lebih daripada RM 350 (Ringgit Malaysia Tiga ratus lima puluh sahaja
Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih
dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank
atas nama Pertubuhan.
(3)
Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari
akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha
dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara
mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang
Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
(4)
Perbelanjaan yang lebih daripada RM150 (Ringgit Malaysia Seratus
lima puluh ringgit sahaja Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar
dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan
yang lebih daripada RM 400 (Ringgit
Malaysia Empat ratus ringgit sahaja Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh
dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan RM 150 (Ringgit
Malaysia Seratus lima puluh ringgit sahaja Sahaja) dan ke bawah
bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari.
(5)
Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan
oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11
perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan.
Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman
ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut
hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
(6)
Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh
12 bulan iaitu bermula dari 01
April.
FASAL 11 JURUAUDIT
(1)
Dua
orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan sebagai
Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama Dua tahun boleh dilantik semula.
(2)
Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata
kewangan Pertubuhan bagi Dua
tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan
dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan . Mereka
juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan
Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat
laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR
HARTA
(1) Segala harta tidak alih Pertubuhan
hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan
berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya
telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara
itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang
mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh
Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
(2) Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh
dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat
Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
(1)
Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat
Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan
Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di
dalam perlembangaan ini.
(2)
Kecuali perkara-perkara yang bertentangan
atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung,
keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah
oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan
perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi
Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya
secara bertulis terlebih dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
(1)
Sebarang bentuk perjudian seperti yang
ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis
pertubuhan.
(2)
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus
cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga
barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti
definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
(3)
Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan
loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan
atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak
berkuasa yang berkenaan.
(4)
"Faedah" seperti yang
diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan
oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
(5)
Semua wang dan keuntungan yang didapati
oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah
disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan
tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada
mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang
sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada
mana-mana ahli atau pekerja Pertubuhan.
FASAL 16 PINDAAN
PERLEMBAGAAN
(1) Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat
Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung
yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada
tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
(1)
Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara
sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada
jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil
khas kerananya.
(2)
Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan
secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan
yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal
hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung
berkenaan.
(3)
Permohonan
pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14
hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
Keterangan:
1)lambang berbentuk bulat dan berwarna biru
bermakna persatuan ini mengutamakan kebajikan dan perpaduan.
2)Latar belakang lambang ini yang menggunakan
Bendera Sabah membawa makna semua warga Sabah yang berminat menjadi ahli dalam
persatuan ini amat dialu-alukan.
3)Perahu layar Pinisi membawa makna suku kaum Bugis adalah pelayar
unggul suatu masa dulu.
4)Layar berwarna
putih pada perahu pinisi dan tulisan pada lambang ini,membawa dua makna:
1.Kesucian Agama rasmi Malaysia adalah Agama
Islam.
2.Setiap ajk dalam persatuan ini
harus sentiasa bersikap jujur dan amanah demi mencapai matlamat persatuan ini.
No comments:
Post a Comment