PENGENALAN: BKMBS(Bil
1/2012)
Nama Pertubuhan:
BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH(BKBS)
Golongan sasar:
Semua peringkat umur yang terdiri daripada semua suku
kaum Bugis termasuk yang berkahwin campur atau berketurunan Bugis.
Selain dari suku kaum Bugis yang berminat untuk menjadi ahli
dalam pertubuhan Persatuan Bantuan Kebajikan Bugis Sabah ini akan
dipertimbangkan melalui mesyuarat Agung BKMBS kelak.
Usia Ahli:
Tiada had
usia untuk menjadi Ahli berdaftar dalam BKMBS ini.
Jenis kerjaya Ahli:
Tiada
larangan diperuntukan bagi mereka yang mempunyai kerjaya untuk menjadi Ahli
dalam BKMBS kecuali kerjaya mereka bertentangan dengan undang-undang Negara
Malaysia.
Yuran Pendaftaran Ahli:
Yuran
sebanyak Rm:10.00 dikenakan setiap ahli dan harus dibayar secara tunai ketika
mengisi borang keahlian.
Yuran Bulanan Ahli:
Yuran
sebanyak Rm:10.00 akan dikenakan kepada semua ahli yang telah berdaftar dalam
BKBS.Pengecualian bagi mereka yang belum mendapat pekerjaan yuran bulanan akan
dikenakan sebanyak Rm:5.00 sebulan.
JENIS BANTUAN
MENINGGAL DUNIA
a)
Semua
kos pengkebumian jenazah akan diuruskan oleh BKBS.
b)
Jika
tabung BKMBS ini sudah mempunyai keahlian melebihi 350 maka kos penghantaran
jenazah balik keSabah akan diuruskan sepenuhnya oleh ajk BKMBS.
KEMALANGAN JALAN RAYA/TEMPAT BEKERJA
a)
Kos
bayaran perubatan Hospital atau Klinik akan diuruskan oleh ajak BKMBS.
b)
Jumlah
kos bayaran perubatan akan dirujuk kepada bil pembayaran yang dikeluarkan oleh
pihak Hospital atau Klinik.
AHLI KELUARGA MENINGGAL DISABAH
1.Ahli
keluarga yang dimaksudkan disini ialah Ibu dan Bapa sahaja.
2.Kos
pembelian tiket kecemasan untuk balik keSabah akan ditanggung sepenuhnya oleh
ajk BKMBS dalam masa 24 jam.
3.Jika ahli
dalam BKMBS ada tiga atau empat orang adik beradik dan mereka telah berdaftar,namun hanya seorang sahaja wakil
dari mereka yang akan diperuntukan tiket kecemasan pergi dan balik semula ke
Semenanjung.Manakala adik beradiknya hanya akan diberi bantuan harga tiket
separuh harga.
Objektif tabung kebajikan
- Menghilangkan kekeliruan masyarakat
Bugis Sabah daripada isu-isu semasa dan
perkauman.
- Mengeratkan lagi hubungan
siratulrahim antara semua bangsa dan agama yang ada di Sabah.
- Menjelaskan kepada semua ahli
pentingnya permuafakatan dan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain
- Menjelaskan kepada semua ahli
konsep sebenar tabung ini
ditubuhkan adalah untuk menjaga
kebajikan suku kaum Bugis.