MINIT MESYUARAT PEMBUBARAN AJK P.B.K.M.B.S.
PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS
SABAH
Bil 16/2016
Tarikh: 21 Mei 2016
Masa: 9:30 Malam
Tempat:
Dihadapan Block 4
Kehadiran:
34 Orang
Ucapan Setiausaha
Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
Setiausaha mengalu-alukan kehadiran ahli
mesyuarat dan mengucapkan terima kasih.
Kelewatan mesyuarat
Setiausaha
memohon jutaan kemaafan dari semua ajk yang hadir pada mesyuarat kali yang ke
16 sejak Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis Sabah di luluskan
pendaftarannya oleh R.O.S pada 3 haribulan april 2012.
Kelewatan
mengadakan mesyuarat ini berpunca dari kesilapan besar Pengerusi yang dilantik dan diberi tanggungjawab
untuk memastikan Persatuan ini sentiasa aktif tetapi tanggungjawab tersebut
diabaikan begitu sahaja.
Setiausaha memberi laluan kepada semua Ajk
yang hadir pada mesyuarat kali ke 16 ini untuk memberi cadangan atau pendapat
dalam menangani masalah dalaman Persatuan ini.
Cadangan
dan pendapat Ajk
Semua
Ajk yang hadir sebulat suara untuk membubarkan Ajk terdahulu dan membuat
perlantikan baru ajk bermula dari pembubaran pengerusi dan timbalan pengerusi
pertubuhan ini.
Perlantikan ajk baru Persatuan bantuan
Kebajikan melayu bugis sabah
Setiausaha
meminta seorang wakil dari ajk untuk mencalonkan salah seorang dari ajk yang
hadir pada mesyuarat kali ke 16 ini untuk menyebut nama calon Pengerusi dan
timbalan Pengerusi tanpa melengahkan masa.
Ajk
Persatuan ini telah mencadangkan dan mencalonkan En. Firdaus bin Abd Muis untuk
dilantik menjawat jawatan sebagai Pengerusi persatuan ini.
Salah
seorang dari ajk yang hadir dalam mesyuarat kali ke 16 ini pula mencadang dan
mencalonkan En.Lokman Bin Husaini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi
persatuan ini.Manakala jawatan setiausaha;timbalan setiausaha dan bendahari
kekal.
Setiausaha
meminta kepada semua ajk untuk mencadangkan dua nama lagi yang akan dilantik
sebagai ajk biasa sebelum meneruskan pada agenda berikutnya.
Ajk
sebulat suara mencadangkan En.Andi Ilham Bin Andi Arnis dan En.Saruddin Bin
Sarurang dilantik sebagai ajk biasa.
Setiausaha
berpuas hati dengan semua nama-nama ajk yang telah dipilih sendiri oleh ajk
yang hadir pada mesyuarat kali ke 16 ini.
Akaun
persatuan
Pengerusi yang dilantik pada mesyuarat kali ke 16 ini meminta
kepada bendahari untuk menyediakan laporan kewangan dan laporan yuran ahli-ahli
yang tertunggak sehingga kehari ini yang bertarikh 21 haribulan mei 2016.
Pengerusi meminta kepada bendahari untuk mengemaskini semua jumlah
wang persatuan yang telah disalurkan kepada mana-mana ahli yang ditimpa musibah
sebelum beliau dilantik menjadi Pengerusi persatuan yang baru.
Penukaran nama penandatangan buku cek
persatuan
Pengerusi meminta Setiausaha untuk
menyediakan satu surat iringan permohonan kepada pihak bank islam seksen 18
shah alam unuk menukar nama penandatangan buku cek akaun persatuan yang
terdahulu kepada penandatangan yang baru.
Pengerusi meminta stiausaha untuk memilih 2
nama ajk yang akan dilantik untuk menandatangan buku cek persatuan ini dimasa
akan datang.
Persetujuan
semua ajk bkmbs
Semua
ajk yang telah dilantik bersetuju sebulat suara untuk menjalankan tugas
masing-masing didalam Persatuan ini secara sukarela dan tidak ada paksaan.
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua ajk dan ahli mesyuarat yang hadir kerana sudi berganding bahu
untuk bersama-sama membawa Persatuan ini kematlamatnya.
Penutup
Pengerusi
:-
Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
Ahli mesyuarat dan ajk baru Persatuan Bantuan Kebajikan Melayu Bugis
Sabah.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.35
malam, mesyuarat ahli jawatankuasa akan diadakan dalam masa terdekat yang akan
diberitahu kemudian.
No comments:
Post a Comment