1.Memberi jaminan kepada
semua ahli dalam persatuan bahawa yuran bulanan
setiap ahli akan dikembalikan semula kepada mereka jika ada yang mahu menarik
diri dari persatuan ini.Wang ahli akan ditolak dengan jumlah wang yang telah
digunakan untuk tujuan kebajikan sebelum bakinya diserahkan pada ahli tersebut.
2.Tidak membenarkan mana-mana
ajk dalam dalam persatuan ini untuk melaburkan wang persatuan tanpa persetujuan
dari ajk induk dan semua ahli berdaftar dalam persatuan ini.
3.Jika ada individu lain yang bukan ajk mahu menaja
atau cuba melaburkan wang persatuan ke
dalam syarikatnya,maka itu adalah tidak dipersetujui sama sekali oleh semua
ajk dan ahli persatuan ini
kerana dikuatiri akan disalah
gunakan akaun persatuan ini dimasa akan
datang.
4.Sebarang pelaburan melibatkan
wang persatuan mesti didaftarkan terlebih dahulu dengan ssm dan wang persatuan yang hendak dilabur mesti menggunakan nama
pertubuhan”persatuan bantuan kebajikan melayu bugis sabah” dan bukan
menggunakan nama ajk atau ajk induk atau lain-lain nama.
5.Tidak membenarkan mana-mana
syarikat yang mahu melaburkan wang persatuan atas nama syarikat mereka.
6.Semua wang dalam akaun
persatuan mesti dikemaskini setiap bulan
dan Salinan pengemaskinian akaun persatuan harus diedar kepada semua ajk
persatuan ini.
7.Sekiranya persatuan ini
dibubarkan atau ditamatkan operasinya.Maka semua wang simpanan dalam akaun
pengamanah akan dikeluarkan dan bendahari akan mengira baki wang
tersebut,sebelum dibahagi samarata dengan semua ahli yang berdaftar mengikut
jumlah tahun ahli itu berada dalam persatuan ini.
8. Akta bendahari dan pengamanah ini tidak boleh digubal atau dipindah kerana ini adalah satu syarat dan
perjanjian dalam kerja pelan perancangan awal pertubuhan ini sebelum ianyanya
didaftarkan dengan jppm(ros).Akta ini hanya boleh digubal dan dipindah dengan
cara menamatkan operasinya dan semua wang persatuan harus dibahagikan sama rata
kepada semua ahli berdaftar mengikut kiraan tahun mereka berada dalam persatuan
ini.
9.Tanpa adanya akta bendahari
dalam persatuan ini,maka selepas dua tahun operasinya,pengerusi lama akan
ditukar dan semua ajk juga akan diundi maka selepas itu undang-undang dalam
perlembagaan pertubuhan ini mereka boleh memindahkanya atau menggubalkannya
tanpa perlu mendapat kebenaran dari pengerusi asal pertubuhan ini.
Tetapi dengan adanya akta
bendahari maka akaun pbkmbs dan hak-hak ahli berdaftar dalam persatuan ini
tidak akan dapat pindah atau gubal,kerana akta bendahari tidak terkandung dalam
perlembagaan persatuan ini.
10.Semua pengerusi dan ajk yang dilantik setiap 2 tahun sekali tidak
akan dapat mengubah akta ini kerana setelah perlantikan itu pengerusi harus
menandatangani satu surat persetujuan untuk tidak mencuba menggubal akta
bendahari ini.
11.Sumber akta bendahari: tkws/bkws/pbkmbs(telah
terbukti berkesan sejak tahun 2006 menjaga sumber kewangan tabung kebajikan
warga sabah(tkws 2006)dan bantuan kebajikan warga sabah (bkws 2010).Kini akta
bendahari akan dikuatkuasakan untuk menjaga sumber kewangan pbkmbs dari disalah
gunakan oleh setiap ajk yang dilantik atau diundi pada setiap dua tahun sekali.
No comments:
Post a Comment