Tabung Kebajikan Warga Sabah
(TKWS) yang ditubuhkan pada 2006 telah ditamatkan pada November 2009.Tabung ini banyak
membantu warga Sabah yang bekerja di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Tabung
TKWS ini bersifat tolong-menolong antara Sabahan yang ditimpa musibah seperti
kematian ibu bapa,kemalangan ahli berdaftar dan juga kematian ahli.
Sumbangan
berbentuk derma ikhlas hanya akan dikutip oleh AJK TKWS jika ada ahli yang
benar-benar ditimpa musibah seperti yang dinyatakan dalam borang kemasukan atau
ketika pendaftaran ahli dibuat.Tabung Kebajikan Warga Sabah (TKWS) mempunyai 35
orang ahli jawatankuasa dan seramai 304 orang ahli berdaftar sehingga November
2009.
TKWS ini juga banyak mengajar warga Sabah untuk saling bantu- membantu dan
hormat-menghormati sesama rakyat Malaysia.Walaupun Tabung Kebajikan Warga Sabah
(TKWS) ini telah pun dibubarkan Organisasinya pada November 2009,namun satu
lagi Tabung Kebajikan Warga Sabah akan dilancarkan pada 10 February 2010.
Tabung baru ini akan diberi nama “Bantuan Kebajikan WargaSabah ”(BKWS).Bantuan kebajikan warga sabah ini akan dibuka
pendaftarannya pada 01 February 2010 hari Isnin jam 8.00 pagi.
Sila
berjumpa AJK BKWS Srimuda Zon B.Warga Sabah yang bekerja sekitar Shah
Alam amat dialu-alukan untuk menyertai tabung bantuan kebajikan ini demi
kebaikan bersama.Yuran pendaftaran sebanyak RM 10 dan yuran keahlian
untuk setahun telah ditetapkan sebanyakRM60.00(enam puluh ringgit
sahaja).Pembayaran mestilah dijelaskan sepenuhnya ketika membuat
pendaftaran.Pendaftaran akan dibuka selama seminggu dan tarikh tutup
pendaftaran ialah pada 08 February 2010. Seminggu setelah pendaftaran
ditutup pihak kami akan menghantar surat terus
kepada ahli yang telah mendaftar.Dalam surat tersebut
akan dilampirkan jumlah bantuan mengikut jenis kemalangan yang telah
dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa tabung bantuan kebajikan ini.
Semua
yuran keahlian yang kami terima akan dimasukkan kedalam Bank dengan
menggunakan akaun bersama.Pemegang Akaun Simpanan ini terdiri dari empat
orang AJK yang telah dilantik olehPengerusi Bantuan Kebajikan
Warga Sabah ini.Dalam jangka masa setahun jika tidak ada kes berlaku
kepada ahli BKWS ini dan ada ahli yang ingin menamatkan keahliannya maka pihak
BKWS akan mengembalikan yuran keahliannya selama setahun iaitu RM60.00.
Bagi ahli yang ingin meneruskan keahlian ini, maka yuran pendaftaran akan
dikenakan sebanyak RM:10.00 sahaja.
Tetapi jika tabung bantuan ini
telah memberi bantuan kebajikan lebih dari tiga kes maka yuran
keahlian anda tidak akan dikembalikan. Kurang daripada tiga kes, separuh yuran
akan dikembalikan. Pengemas kinian Akaun atau Pembentangan Akaun akan
dibuat pada 08 Januari 2011 dan seminggu sebelum itu pendaftaran baru bagi
tahun 2011 pula akan dibuka iaitu pada 01hb sehingga 07 Januari 2011.
Kini TKWS dan BKWS telah dibubarkan pada desember 2011 dan kini kami telah mendaftarkannya semula dengan nama baru iaitu PERSATUAN BANTUAN KEBAJIKAN MELAYU BUGIS SABAH (PBKMBS).
PENGUMUMAN!!!"
ReplyDelete1.KEPADA SEMUA AHLI YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN PBKMBS cawangan SHAH ALAM DIINGATKAN BAHAWA YURAN BULANAN SEBANYAK RM10 SEBULAN HARUS DI JELASKAN SEBELUM 11 HB PADA SETIAP BULAN.
2.SEMUA AHLI BERDAFTAR DIMINTA UNTUK MENYEDIAKAN SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT ATAU UKURAN IC UNTUK PEMBIKINAN KAD KEAHLIAN SEBELUM 15 JUN 2012.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI BIRO PENERANGAN PBKMBS DI TALIAN 010 2891655 ATAU MENGHUBUNGI TUAN PENGERUSI EN.YUSRI(YS APACHE).
BERSAMA LA KITA MENJAGA KEBAJIKAN WARGA SABAH DI PERANTAUAN....
JANGAN BERCAKAP SAJA TAK SERUPA BIKIN...